Tapi kan, tadi tetiba terinsaf kejap.... sedang I menggali-gali tajuk yang ditulis oleh Shairul di FB tu kan (tajuk si Shairul - siapakah suami kita di akhirat?) of coz I akan rujuk balik pada Pakcik Google untuk tambah2kan lagi ilmu before I share dgn uoll kan, tetiba terkesima kejap I dengan entry sorang blogger ni... berkenaan dengan KEHIDUPAN DI SYURGA - BOLEHKAH KITA TAK NAK SUAMI KITA KAWIN DENGAN BIDADARI SYURGA? (click here) Begitulah tajuknya lebih kurang... pandai beliau menyusun ayat hingga membuat I menginsafi akan kerdilnya kita di muka bumi ini, jika dibandingkan nikmat di "sana" yang jauh berlipat kali ganda. Korang baca la kat blog kakak tu ya, mudah2an jadi inspirasi dan motivasi untuk meraih Syurga-Nya yg kekal abadi sifatnya.. I nak copy paste apa yang Shahirul cakap ni :
SIAPAKAH SUAMI KITA DI AKHIRAT?
(Segala perinciannya adalah hak milik Allah s.w.t. semata-mata, sesungguhnya hanya DIA yang Maha Mengetahui)
Kes 1: Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin
Wanita dalam golongan ini akan dikahwinkan dengan seorang lelaki di kalangan Ahli Syurga. Rasulullah s.a.w bersabda: “Tiada si bujang di dalam syurga” (H.R. Muslim). Ini kerana ada juga kaum lelaki yang belum berkahwin sebelum meninggal dunia.
Kes 2: Wanita yang meninggal dunia setelah bercerai dan tidak berkahwin dengan lelaki lain selepas itu.
Wanita dalam golongan ini juga akan dikahwinkan oleh Allah s.w.t dengan lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 3: Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak memasuki syurga.
Seperti kes 2, wanita dalam golongan ini juga akan mengahwini lelaki daripada Ahli Syurga.
Kes 4: Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya memasuki syurga.
Kes 5: Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin selepas itu.
Seperti kes 4, Wanita dalam golongan ini akan bersama suami mereka masing-masing asalkan suaminya yang meninggal tersebut memasuki syurga.
Kes 6: Wanita yang kematian suami tetapi berkahwin dengan lelaki lain.
Apabila seorang wanita ketika di dunia memiliki dua atau lebih suami, maka kelak di syurga dia dipersilakan untuk memilih siapa di antara suami-suaminya yang dia inginkan untuk menjadi pendampingnya di syurga, asalkan suaminya itu tergolong dari Ahli Syurga. Satu lagi pendapat mengatakan bahawa dia akan bersama suaminya yang terakhir. Ini disebut oleh hadith Rasulullah: “Wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir” (H.R. Al-Albani)
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.