Tuesday, July 26, 2011

Menanti Hari Esok..


Miss Mirror baru menerima tetamu, si Leleq (tapi tak nak masuk rumah... busy katanya, baru balik keja, si baby pulak belum disusukan.. ooo sian lahaiii), si Leq bawakkan I belimbing buluh dan petai ni..... Ya Allah terharunya... Mekasih Leq!! buat susah-susah je member I sorang ni... memang dari itu ari I mengidamkan SAMBAL HITAM PAHANG (Resepi sila klik sini ya)... tak sangka pulak dia betul-betul hantarkan belimbing2 ni ke rumah. Ni kalau si Amy tau ni mesti dia jelez. ;)

Tu la nak cerita sikit pasal resepi yg I sharekan itu ari, I kan kata, I dah masak berjam-jam pun belimbing tu tak jugak hitam-hitam, laaaaa.... Mek dah tersilap rupanya, al-maklom blom abis wat kajian, tapi dah sibuk memasak..... Lain kali kalau nak masak tu, takyah tunggu sampai 8 jam pun gerenti (insyaallah), belimbing tu akan hitam dgn sendirinya.. tapi syaratnya jgn bubuh air... biar masak mcm tu je sampai benyek. Ooo iyer??? Terima kasih Leq atas tip-tip tu...

Haiii seronoknya esok ni..... dpt la I membuat sambal hitam lagi, kali ni I nak make sure ianya betul2 hitam sebijik macam orang-orang Pahang buat.

Ada apa lagi tentang hari esok? Oh ya... tadi ada member di Fb kata, esok ni matahari dijangka betul2 paling hampir dengan bumi, banyakkan minum air... cuaca pasti panas yg amat. Kata dia, terbaca kat my metro... I cari-cari takde pun berita tu?


NOTA : Hari ni first day bebudak tu ngaji dgn Pak Ustaz baru sbb Ustazah sakit..

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...