Saturday, September 10, 2011

Bag oh bag...

Frenz.... I dapat bag free tapi....

Hmmmm...... tapi.........

Biarlah kuceritakan.. korang jangan jelous udah la ya... baca dulu ni utk menghilangkan noda-noda kejelousan tu.. baca sampai abis.

Petang semalam... I terjaga dari tido, I bukak pintu depan sebab nampak kelibat kereta Madam J berada di porch rumahnya. Sekian lama kutunggu kepulangannya dari luar negara, sebab ingin menyampaikan bungkusan biskut raya yg telah lama kusediakan sejak ramadhan yg lalu.

Setelah beliau memberikan senyuman gembira dan berterima kasih atas sebalang tart gulung dan biskut ready made yg IRP beli di JJ itu, Madam J memerhatikan aku :








"Hei tengok sini... kenapa you punya mata ada hitam-hitam ni?? Ada "eye BAG.... U tido pukul berapa?" (dah agak dah... dia pasti akan menegur tiap perubahanku sebagaimana selalu).

Itulah dia BAG free yg I nak cakap ngan U olls... EYE BAG!!!! Huuuu sob sob sob. Maka tak perlu la U olls nak jelous2... Beg LV sebagaimana gambar di atas hanyalah sekadar untuk mencumil2kan lagi entry ini. Memang cumil kan?

Tapi kan.. I serf2 tadi... tak susah pun menghilangkannya..

"U time per**d, U ada cuci rambut ke?" Madam J menyoal I lagi.

"Haa?? Ada kot... kenapa?" Jawabku kurang pasti tapi rasanya ada kot sebab dua hari sekali mesti I akan cuci rambut... kalau tak, rasa tak selesa.

Menurut beliau mengikut kepercayaan kaum Cina, time peri**d yg awal, otot2 kita berkeadaan longgar dan kelaziman mencuci rambut akan mengakibatkan ketidakcomelan pada bawah mata kita dan menghasilkan "bag free" eye bag ini.

Bagaimanapun beberapa tip dicadangkan oleh beliau..

1) Hiriskan mentimun... dan bubuhlah pada mata dan rehatkan.

2) Ambil uncang teh dan tekapkan pada eye bag.

Tip-tip lain dari sumber-sumber lain pula ialah ..

1) Ambil segelas air suam dan bubuh sedikit garam ke dalamnya.. the amount of salt required may vary depending on different people... U may try several times to find the best dosage.. cuma harus diingat utk pertama kali, jgn la bubuh garam terlalu byk pula... then pastu ambik kapas dan celup pada air garam tadi.. tekap pd mata. (Sebarang kecelakaan di bawah tanggungjawab sendiri... I pun blom cuba lagi ni.. :D)


2) Ambik 2 batang sudu (saiz sudu teh dari jenis besi).. masukkan sudu tersebut ke dalam fridge, bila dah sejuk then keluarkan, tekan ke eye bag perlahan-lahan.


Tip-tip lain ada banyak lagi... tapi penat plak nak menaip lagi.. maka cukup la sampai di sini.




8 comments:

  1. suspen betul la win tadi miss mirror, ingatkan bag yang kat pic tu bag free yg mm dpt.heee
    *very gud info..win kbtulan tgh pe***d ni.

    ReplyDelete
  2. Hahaha... sorry wat u suspen Win. Tapi alangkah bahagianya kan klu orang bg kita beg LV percuma kan?

    ReplyDelete
  3. huhu jeles tau bila sebut pasal bag nih. hany nye henbeg nih bila la nk berganti...

    ReplyDelete
  4. HANY - dah abis baca blom ni? MM punya beg pun tak berganti la tahun ni...

    ReplyDelete
  5. Kurang tidur kerana nak menyiapkan soto? Dahsyat.

    ReplyDelete
  6. Banyak ler kau!! Soto tu aku masak pepagi la!!! Aku start ada eye bag ni sebelum menjelang syawal lg.. IRP kata sbb aku byk main tenet sampai pagi. :P .... takde pun!!! Huhu... mana ada.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.