Tuesday, September 27, 2011

Blogger-blogger jangan menakutkan anak dara...

"Kita ni kalau menulis bab2 perkahwinan... tak boleh ke tulis yg indah2 je... kalau tulis yg negatif2 ni ibarat menakut-nakutkan orang yg nak kawin je". I quote sikit apa yg teman blogger I pernah cakap di dalam blognya yg kini boleh diibaratkan sebagai tempat pembiakan spider.

Entah la kan En. Blogger, I setuju dgn you sebenarnya..... maybe penulis2 itu sendiri bermasalah rumahtangga kot (hehe sorry.. I gurau je).... terkadang kan... I pun macam rasa annoying gak bila asyik2 terbaca ayat begini "Lelaki sekarang memang SEMUA macam tu, miang, gatal, tak cukup satu, jangan percaya sgt 100%, kena percaya 20% je... bla bla bla".

Semua?????? Tak adil la cakap macam tu. Tak kan la semua. Menakutkan si dara yg membacanya... baik2 nak kawin tahun ni terpaksa tangguhkan 5 tahun lagi sebab ketakutan dgn statement you tu... lol...

Kalau ada pun permasalahan rumahtangga... anggap la semua tu ibarat kifarah atas dosa-dosa silam sebagai insan yg tak sempurna ini. Banyak-banyakkan je la solat taubat.



"Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Setiap musibah yang di timpa ke atas orang-orang mukmin yang berupa sakit yang berterusan, sakit yang biasa dan kesedihan bahkan membawa kepada kebingungan dari musibah yang beliau alami, maka hal yang demikian merupakan penghapus bagi kesalahan-kesalahannya. (H.R. Muslim)"

Bersyukurlah kerana kurang-kurangnya "kesakitan" itu sungguhpun didatangkan kepada you... you masih lagi mampu untuk baring-baring di tilam yg empuk, bilik beraircond, nangis2 tepon kawan... cuba you bayangkan akan kehidupan neraka yg panasnya berganda-ganda dari kepanasan dunia.

p/s : Jika kita percaya Allah itu wujud, wujudnya hari pembalasan, adanya pengiraan dosa dan pahala... adanya kifarah, kita akan jadi lebih tenang menghadapi dunia. So what?? Tenangkan la hati menghadapi apa jua permasalahan kehidupan. Jgn takut kawin...

**Oh ya...gambar ekin & mawi tu sekadar hiasan..

4 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.