Sunday, September 18, 2011

Kalau takde idea... masak je mee hoon soto macam aku ni ha..

Untuk resepi Mee Hoon Soto sila scroll down..




Sorry... dah hampir licin baru nak snap...
kepada yg tak tau resepi mee hoon soto akan I kepilkan nanti.. tapi mustahil la tak tau kan


Actually menu ni I masak untuk seorang teman lama... tapi beliau text I... tak dapat singgah pulak gara-gara tersekat dlm jem..... Jadi, kami pun makan la anak beranak... Ada lagi seperiuk besar kat dapur.

Untuk juadah kengkawan datang beraya, sebenarnya soto adalah antara menu yg paling selamat sebab ianya tak cepat basi... sekurang2nya kalau mereka tak jadi datang.. boleh la dicarry forward keesokan hari. Bayangkan kalau laksa... Terutamanya laksa Johor. Pernah sekali, kami bawak laksa yg dah kami masak di rumah MIL di BP, punya la exited kan.... sebab nak menyambut sedara mara datang, then kami masukkan dalam bonet kereta (sebab petang tu sedara-mara akan turun beraya ke JB - rumah kami).... sampai JB dah berbuih-buih dah laksa tu. Mak oiiii.... dah tak boleh repair dah... masem!!! Maybe kot salah I sebab panas-panas terus tutup dan masukkan dlm bonet... lagipun nak cepat sebab mengejar masa.


Ok la.. malas nak menaip dah dan malas nak mengenang kisah itu...so nak share resepi mee hoon soto ni kepada mereka yg tak tau (khususnya adik2 bawah umur), kepada yg dah pakar.. kalau nk kongsi resepi yg lebih melotop... silakan sebab resepi I ni resepi campak-campak je... orang malas mcm gini la.


RESEPI SOTO RINGKAS


Bahan-Bahan Hidangan
1 bungkus mee hoon - ni utk makan 5 orang - panaskan air, masukkan mee, biar didih... matikan api, tapis, jirus air sejuk dan toskan - ketepikan
Seekor ayam yg telah dibersihkan direbus, toskan dan goreng - siat-siat guna garfu - ketepikan
(ambil darinya 2,3 ketul untuk dimasak bersama kuah)
Tauge - buang ekor
Kacang - digoreng
Bwang putih/bwng merah - mayang halus - goreng hingga kekuningan
Daun sup - basuh dan hiris halus


Bahan Untuk Kuah


Air rebusan ayam tadi
7 - 8 ulas bwng merah
3 ulas bawang putih
1/2 ulas Bwng besar - potong bulat
halia
1 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - diketuk
Bunga lawang, kayu manis
Rempah soto jenama apa pun tak kisah (dlm 1 - 2 senduk - try test rasa dia) - I beli takde jenama - beli kat bahagian rempah
Serbuk jintan - ni keja orang malas semua main serbuk2 je


Cara


1) Tumbukkan bwng putih, bwng merah, halia, serbuk pepper hingga lumat - ketepikan
2) Masukkan minyak dlm periuk besar
3) Tumiskan bwng besar yg dipotong bulat tadi bersama kayu manis, bunga lawang. Serai. Biar bwg hingga kekuningan. Masukkan bhn2 tumbuk.
4) Biar kesemuanya layu... masukkan air rebusan ayam sedikit... then rempah soto, garam, serbuk jintan putih.
5) Masukkan beberapa ketul ayam (yg bukan utk disiat2 tadi).
6) Biar didih dan ayam empuk... tambahkan bwng2 yg telah digoreng tadi.
7) Hidang bersama bahan2 hidangan tadi.




Sambal Kicap


3 ulas bwng putih, 7 biji cili padi - goreng
tumbuk lumat bersama gula dlm 4 sudu... bubuh kicap manis, garam, pepper sikit







2 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.