Friday, September 9, 2011

Sesuatu yg perlu kau hindari tika di dapur???


Gambar atas tu takde kena mengena... just utk hiasan


"Do's and don't's di dapur"? ~ ada gaya tak I bakal jadi seorang ibu mertua yg sangat cerewet satu hari nanti?

Yessss!!!! Miss Mirror cerewet!!! Yey yey....

Acah jer!!!



Padahal kan... Miss Mirror kutip tip-tip ala syok sendiri ni hasil dari keluh kesah orang lain (kengkawan) dalam menghadapi kehidupan seharian mereka yg terpaksa bercampur dgn orang yg "asal boleh"... pastu dlm ati Miss Mirror berkata2 "Cerewet la ko ni".... Tapi dlm masa yg sama hati pula seakan menyetujui pendapat-pendapatnya yg ada antaranya logik.. dan ada antaranya mcm ngengada tak logik langsung.

Diorang kata .....

1) Kalau cuci beras.. jangan sampai tertinggal PADI dalam beras tu... takut nanti dikata pemalas (buat keja tak beres)... ataupun mungkin kot takut kulit padi tu buat susah nak hadam?

2) Jangan sesekali bubuh rice cooker atas meja makan - pantang orang-orang tua. Ala sebenarnya bukan pantang apa pun... cuma tak cantik dilihat. Agaknya kalau rice cooker tu rice cooker emas ke.. diamond ke.. nampak la menariknya.



3) Time makan jgn berkemban... itu logik la kan.

4) Kalau bilik air berdekatan dgn dapur... jgn flush bilik air ketika orang lain tgh makan... Lorrr pulakkk...... so, bilanya nak flush tu Joyah??? Tapi kalau orang lain tgh makan... dia gi muntah kat sink.. ha yg tu mmg cukup disgusting.


5) Diorang kata juga.. (don't worry.. diorang yg I maksud kat sini bukan CHEF... so, ada kemungkinan pendapatnya meragukan) Kalau nak hidang sup ke apa2 yg ada kayu manis... jgn la bubuh sebesar-besar tidak. Kalau malas nk tumbuk kecik2.... tinggalkan je kayu2 tu dlm periuk kalau nk hidang.... Pelik gak I... pada I kayu manis tu ibarat hiasan yg penuh kesenian.

So sekarang...terpulang la kepada anda untuk memikirkan sama ada tip di atas logik atau ngengada. Pilihan di tangan anda.










2 comments:

  1. mmg kebanyakkannya saya setuju dengan petua2 tersebut..hehehe..tengkiu kerana share..sharing is caring kann..hee

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.