Saturday, October 22, 2011

6 Tip Menangani Suami Yg Kuat Cemburu


Bagaimana menangani suami yang cemburu..

Memula sekali... mari kita copy paste ayat menarik dlm kotak biru ni (mekasih ya my fren yg telah mengeposkannya) mari kita renungkan bersama sambil memahami mengapa seharusnya lelaki perlu ada sikap cemburu.. dan marilah jgn salahkan mereka jika mereka cemburu sbb mereka berhak utk cemburu. (Wah.. gitu).
"Aku terima nikahnya si dia binti ayah si dia dgn mas kahwin RM..."Bunyi mcm sng? Nah ni makna sbnrnya.. Aku tanggung dosa-dosa si dia dari ibubapanya, apa saja dosa yg si dia buat dari dedah auratnya sehingga tinggal solatnya, aku tanggung dan bukan lagi ibubapa si dia... Dan aku tanggung semua dosa bakal anak-anakku... jika gagal maka aku fasik, dayus dan aku rela masuk neraka dan malaikat Zabaniayah melibas badanku hingga pecah.."


So.... logik la kan mengapa lelaki perlu ada rasa cemburu.. Even mungkin wajah kita tak la sejelita Miss World... cuma macam Miss Mirror sajee... basicnya ialah... kita ni di bawah tanggungjawab dia (suami).


I percaya, masalah-masalah dicemburui oleh pasangan ini memang sering berlaku pada awal perkahwinan sebab pada masa itu si suami belum mengenali hati budi anda......apatah lagi jika sebelum ini anda di dalam kategori playgirl oppps... salah.... diperbetulkan.. anda mungkin dlm kategori ramai peminat (ha yg ni baru betul). Ok... memula....


  • Buktikan dengan perbuatan dan bukan hanya dengan kata-kata yg anda memang tidak gedix bersalah... Kalau dia cemburu tengok you berblog... berfb... dah sudah... jgn berblog lagi. Say good bye terus. Berkorban sikit tak mengapa asal si dia bahagia. Pasti Allah ganti dengan kebahagiaan lain atas niat suci anda mentaati suami... (ini contoh saja ya, tiada kaitan dgn yg hidup maupun meninggal..).

  • Let say la dia cemburukan si polan (office mate you yg hensem itu).... apa kata you kenalkan si polan tu pada suami. Masalahnya di sini.. kenapa agaknya yg buat dia cemburu pada si polan? Adakah perbuatan you memang mencurigakan? Jagalah tingkahlaku dan batasan pergaulan.

  • Kawan I ada bagi satu tip... "Gi keluar rumah jgn nak melawa2, pakai je serebeh macam aku ni... Nanti suami cemburu susah pulak nak keluar lg".

  • Cemburu ni kalau sikit2 tak mengapa la jugak kan Uolls... tapi kalau sampai melibatkan tangan naik ke muka... aduhaii yg tu mmg dah parah. So, solutionnya ialah doa. Berdoalah moga dia berlembut hati dan tahu membezakan org yg bersalah dan tak bersalah.

  • Jangan provoke - jangan provoke dia dengan cerita2 yg membuat dia rasa cemburu.....let say you dingorat orang kat tepi jalan misalnya. Padahal sesaja je org tu nak menyakat2, yg you terlebih2 bercerita hingga menimbulkan cemburu si suami.

  • Bertutur dgn lembut walau siapa pun diri anda, pangkat anda, darjat dan seumpamanya. Kwn I yg sorang ni mula perasan dirinya dicemburui oleh sang suami sejak dirinya naik pangkat. So...merendah diri memang kena sentiasa ada pada diri seseorang isteri. Katakan saja diri tak cantik walau sebenarnya kita cantik. Terlalu bercerita kehebatan diri di masa muda adakala hanya membuat satu "tamparan" pada diri suami. So, simpan la sedikit nostalgia itu untuk diri sendiri dari terlalu ramah bercerita, walau mungkin ketika itu anda adalah ibarat seorang gadis igauan ramai kumbang.

Di dalam hadith, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud ; “Tidak akan masuk syurga lelaki yang dayus” (Hadith Riwayat Imam at-Tayalisi dari ‘Ammar).

Maksud dayus ialah; lelaki yang hilang perasaan cemburu terhadap nilai dirinya di mana ia tidak kesah dengan siapa lelaki yang bersama dengan isteri atau anak perempuannya, dengan siapa mereka keluar dan ia tidak mengambil berat akhlak dan tingkah laku mereka (al-Fiqh ‘Ala al-Mazahib al-Arba’ah).

Suami atau lelaki jadi cemburu bukan sebab tak percayakan anda, tapi sebab mereka sendiri tahu bagaimana diri seorang lelaki.

Maka, fikir2kanlah dan selamat berhujung minggu dgn gembiranya. Jumpa lagi.




7 comments:

  1. Aslkm

    Suami cemburu ke?
    hehe kwn saya dh tutup fb gara2 cemburu.
    Klu mama alamak susahlah...

    ReplyDelete
  2. Mama Ju ... waalaikumsalam
    Tak la.. ini penceritaan umum. ;)

    ReplyDelete
  3. ramai org kata " cemburu tu tanda sayang"..yg penting jgn keterlaluan.
    *thanks 4 sharing miss mirror, apa yg diutarakan mm tu mmg banyak betulnya..kekadang kita tak sedar perlakuan & tutur kata kita menguris hati mrk

    ReplyDelete
  4. Win - sama2... betul pendapat u tu.. cemburu tanda sayang...

    ReplyDelete
  5. Bagaimana kalau suami cemburu isteri dengan ibu bapa kandug dan suadara kandung..seperti mau balik kg.. Mau keluar dgn ibu... Saudara dtg rumah.. Mau bercakap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syafiza -

      Ok K.Mirror jwb secara umum..
      Mungkin perkahwinan mereka masih terlalu baru. Mood pengantin baru lagi.. makanya suami tak sanggup berenggang dgn isteri.

      By the way.. K.Mirror rasa, apa kata.. si isteri sertakan suami dlm apa jua aktiviti, tak kiralah ketika jln2 dgn ibu, bual2 dgn sedara mara dsbnya. Jgn beri peluang si suami kesunyian sbb sikap cemburunya itu.

      Mmg la nampak mcm merimaskan sikap suami2 yg sebegitu kan.. tp anggaplah ini semua ujian Allah. Allah nak bg pahala pd isteri dan si ibu. Malah dlm islam.. sekalipun misalnya si ibu tgh tenat dan suami tak izin balik.. dan isteri taat (walaupun mungkin sedih), dan ditakdir si ibu meninggal tanpa sempat diziarahi, Allah bagi pahala yg sgt besar, diampun dosa2 si ibu sbb telah melahirkan anak yg solehah dan taat pd suami. Masyaallah.. Allah Maha Penyayang.




      Delete
  6. Bagaimana kalau suami cemburu isteri dengan ibu bapa kandug dan suadara kandung..seperti mau balik kg.. Mau keluar dgn ibu... Saudara dtg rumah.. Mau bercakap..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.