Wednesday, February 16, 2011

Wanita Cantik Selalunya Selfish?

Sedang merendam ayam untuk BBQ (oven BBQ je). Tetiba terlintas di kepala satu statement yang I terbaca semalam pastu ingat nak tanya uoll.

"Wanita Cantik Selalunya Mementingkan Diri Sendiri", apa komen uoll? Jika tanya I, bermakna jawapannya ialah "Kurang bersetuju". Bukan apa, best fren I semua cantik-cantik belaka. Nanti kecik ati plak mereka. Terus plak I dipulaukan.... dah la tgh sakit-sakit... kena pulau plak.... sedey T __ T.

Baiklah... kita bincang perkara ni dari sudut kebenarannya ya. Apa yang dimaksudkan oleh penulis tersebut ialah berkenaan sikap gadis-gadis jelita yang tergamak melukai hati wanita lain asalkan dirinya mendapat apa yg dihajatkan. Janji dapat kemewahan, tak kisah la suami orang ke, tunang orang ke.. sapu je. Kat sini macam ada betulnya pendapat penulis tersebut. Emm... ya ke?

Tapi I rasa, orang berwajah buruk-->( ishhh tak patut la I kata mcm ni..).. pun mereka ada melakukan perbuatan-perbuatan seperti di atas. Alkisah, sorang kawan I pernah terkejut bila mendapati suaminya berskandal dengan wanita yang 7 kali ganda lebih buruk dari rupanya. Kira selfish jugak la tu kan, dengan muka tak malu... mengusung suami kawan I tu ke sana ke mari. I tegur pun buat dekkk je.

Bagaimana pula dlm kehidupan berumahtangga, adakah jugak selfish? Asyik nak menang sendiri? Nak balik rumah emak sendiri?

Eh entahlah... makin dibincang makin menakutkan plak isu ni. Uoll kalau nak komen jangan plak menulis nama2 individu plak ya.... seram I, tak mampu bayar saman... You all bayar la sendiri kalau TER.

14 comments:

  1. saya tak sombong
    maknanya saya tak cantik la ni?
    alaaaa

    ReplyDelete
  2. Joe - haha...tunggu nt I buat n3 utk lelaki selfish plak.

    ReplyDelete
  3. tapi kan kak, yang 'buruk' pun ramai gak yang selfish kan

    ReplyDelete
  4. selfish tu sendiri sebenarnya x pilih mcm mana muka orang. cantik atau krg cantik, sama je. tp fie rasa, org cantik neh pon kesian jgk akak. fie ada kawan, super cantik. bljr tinggi2, umur fie, bila kawin, laki suruh duk umah aje, jaga anak, xpayah keje. xpyh keluar. kesian la mcm tu. mgkin si suami rasa tergugat sbb ada isteri cantik. cantik tu kdg2 sukar jgk. kan?

    ReplyDelete
  5. Betul la Fie ckp tu... akak pun setuju, baru akak teringat sorang kwn akak yg sama nasib dgn kwn Fie tu. Apa plak selfishnya kalau dah sampai sanggup mengalah & redha mcm tu kan? Ishhh tak tepat la kan statement ni?

    ReplyDelete
  6. bukan x tepat kak. tepat jugak, cuma tak semua la wanita cantek yg selfish fie rasa, sbb ada yg kena control mcm tu. sebenar nya kan akak, org yg pentingkan diri neh bkn diukur melalui cantik semata, sbb ada yg krg cantik pun masih jgk selfish. cuma kita nmpak lbih kepada wanita cantik sbb, dah memang kecantikan dia tu menonjol. jadi senanglah nk nampak kan? ada setngh wanita neh, guna aset mcm tu utk hidup senang, kan akak?

    ReplyDelete
  7. kdg2 nie muke cantik @ x x penting..
    yang penting ikhlas dgn org..jgn jadi talam dua muke sdh...

    ReplyDelete
  8. selfish tu terpulang kepada kelakuan individu tu sendiri..tak semestinya wanita cantik selunya selfish...

    ReplyDelete
  9. Nurayunni - kuih talam sgt sedap.

    Win - tak selalu kan?

    ReplyDelete
  10. I setuju dengan u tapi itu lah kan bukan semuanya tapi ada jugak yang tak berapa nak cantek tu selfish,..

    I tak cantek, gemok tapi tak sombong,. heheee =))

    Untuk dia,..Maybe u tak ♥ i

    ReplyDelete
  11. i cantik tapi i tak jual ikan, tapi asyik g pasar beli ikan je... hehehhe

    ReplyDelete
  12. Melati - sebetulnya statement ni bukan dari I, I sendiri kurang menyetujuinya... Eh sapa kata u tak cantik... cantik ler tu..

    Mummy - hahaha... I pun cantik dan tak jual ikan.. huhu!!!

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...