Friday, October 14, 2011

Malam sabtu...

Uoll tengah watpe ya? I? Kalau nak cerita memang panjang.....
Dipendekkan cerita, I baru siap mengemop, membasuh pinggan mangkuk, melipat kain baju, mencuci bilik air.... dan sekarang masa untuk berehat dan "mengendap".

JOJIE dah bertudung...

Lawonya kau Jojiee.... . Terserlah keayuan you bila kau bertudung macam ni. Sweet je... mix blood ke kakak si Ella ni? Arab + Melayu ke?.. Alhamdulillah dah "berhijrah" sejak ramadhan yang lalu dan mengatakan kini hidupnya lebih tenang sejak berhijab.





Dalam pada I mengendap-ngendap si Jojie... terjumpa pulak gambo gadis ini...




Ya Allah... dah 28 tahun rupanya Siti Musliha yg dulu comel2, petah bercakap... Ingat tak gadis ini? The girl yg dulu selalu keluar TV ..... hmmm tak ingat la tahun bila. Harap2 uoll ingat lagi sebab I nak terangkan pun tak tau la nak terangkan... hahaha. Cuma bila sebut pasal umur dia ni.. membuat I tersedar dari lamunan..... terasa macam I ni dah tuaaa sangat sebab rasa macam baru semalam je nampak dia sebagai seorang kanak-kanak.


Pastu.... apa lagi yg I baca tadi?

Tentang HUKUM HUDUD yang bakal dilaksanakan di Brunei.... titah Baginda Sultan dipetik sebagai berkata "Akta Jenayah Islam jika difahami dengan betul ujarnya, adalah yang terbaik kerana ia datang dan dicipta oleh Allah Yang Maha Kuasa dan tidak manusia."

Pastu apa lagi I baca? (Tetiba teringat seorang pakcik yang rajin bacakan paper untuk bininya.. seorang housewife yang busy wat keja2 rumah, tak sempat baca paper, so before tido, si suami akan bacakan satu lembar demi satu lembar suratkhabar sampai bininya tertido... sungguh romantik pakcik itu kan? Tentu dia tak nak bininya ibarat suri rumah yang tak berinformasi.. dan ibarat katak bawah tempurung.

Pastu apa lagi I baca? Banyakkk... sampai dah terlupa, ok la.. nanti sambung lagi. Nak sambung sidai kain plak.... baru teringat, kain blom sidai. See you.



4 comments:

  1. MM... Dlm banyak2 yang MM baca satu yg JS paling berkenan bahagian pakcik bacakan wife dia soratkhabar tu... Bestnya la.

    ReplyDelete
  2. alhamdulilah....dibulan yang mulia berhijrah..,..Ramadhan Bulan Seribu Makna...



    Sudah 28....ingat sipi2...masatue kita pun kanank2 baya die je....;-)

    ReplyDelete
  3. Eila - Tu la.. rasa mcm baru semlm je dia (Siti Musliha) on air kat TV3. Alih2 dah 28.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.