Saturday, October 29, 2011

MASTER CHEF Malaysia

First time menonton rancangan Master Chef astro ria ni (tak pasti ni ulangan ke apa? Al maklom ler I ni jarang menonton tv, kebetulan je malam ni Cik Abang takde, maka sementara menunggu dia balik..... layan la astro jap, pasni nak tengok Cerekarama TV3 plak).

Tengok rancangan ni.. I pulak yg suspen.. :D

Bahan mentah disediakan ialah ITIK... Itik??? Kalau I pun blurr... seumur hidup tak pernah masak itik, walau membesar dengan itik2 yg comel macam2 kaler belakang rumah.

Seingat I, menu itik yg pernah makan pun..... Sup Itik di Hyatt Hotel JB (Thistle) selain mee segera perasa itik.





antara menu masakan peserta



Sambil2 tu tadi I merajinkan diri tanya Pakcik Google resepi2 itik....

Masak Itik Berempah

Bahan-Bahan:
1 ekor daging itik (dibersihkan & dipotong kecil-kecil)
garam secukup rasa
4 sudu besar minyak makan
1 cawan teh pati santan
air limau 1 biji limau nipis

Bahan Giling:
15 ulas bawang merah
5-6 batang lada merah
8 ulas bawang putih
2 cm kunyit hidup

Cara:
Satukan bahan-bahan giling dan garam. Lumur rata-rata ke atas daging itik dan dibiarkan selama 3-4 jam. Pijarkan minyak diatas api yang besar. Goreng ketulan-ketulan daging itik hingga garing & rata kuningnya. Kecilkan api. Masukkan pati santan dan didihkan perlahan-lahan dengan bertutup hingga empuk. Masukkan air limau nipis dan sesuaikan rasanya. Hidangkan panas-panas dengan nasi putih atau roti.



ITIK MASAK HITAM

1 ekor itik
1 inchi lengkuas*
2 ulas bawang putih *
4 ulas bwang merah *
20 tangkai cili giling - tambah jika ingin pedas*
daun kunyit
kicap manis secukupnya
sedikit garam
air asam jawa secukupnya

Cara membuatnya ;

1. Mesin kesemua bahan bertanda *
2. Tumiskan sehingga garing dan naik bau
3. Masukkan air asam jawa dam masukkan daging itik
4. Masukkan kicap manis, garam dan daun kunyit .Biarkan mendidih .
5. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda.Bila sudah kering bolehlah diangkat dan dihidangkan .

* Resepi ini lebih sedap jika lebih banyak kuantiti kicap manis dimasukkan .

resepi2 kredit kepada : portal ini.

p/s : Kalau kena kat I... jawabnya I buat itik panggang je ler...

No comments:

Post a Comment

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...