Thursday, October 13, 2011

Tengah ambik mood....

Have you prayed? Pasti sudah kan... azan pun dah lama berlalu. Kalau sudah, baguih ler... boleh le temankan orang nak merepek di malam jumaat ni. Bosan la takde kawan nak berbual... hehe.

Sebenarnya I tgh ambik mood ni.... mood nak buat jemput-jemput je pun, bukan la membaking kek.. tapi nak turun ke dapur rasa bercintaa je.. dasyat kan tahap kemalasan I akhir2 ni?? ;D Tapi kami dah dinner pun tadi, tapi rasa tak lengkap pulak kalau IRP ada tapi bininya ni tak masakan apa2 untuk dia makan depan TV. Rasa macam bersalah pulak. Sib baik la sambal pencicah untuk jemput2 (sambal kicap) I dah buat siang2 sebab tadi masak sup ikan.

Tu la kehidupan I, dapat makan depan tv dengan cik abang dan anak-anak rasa saat paling membahagiakan walaupun sekadar cengkodoq... (ceh declaration macam badget ala divas... padahal takde orang bertanya pun). Jemput-jemput a.k.a cengkodoq ada macam-macam version kan U ollss, ada yang suka bubuh telur, ada yg suka bubuh kentang hiris, ada yg bubuh cili padi hiris, ada yg bubuh kelapa (yg ni I suka.. tapi takde kelapa pulak kat fridge), ada suka bubuh nasi blend, ada yg suka manis2.. ada yg suka masin.... ada yg suka pedas... ah pendek kata memang macam2 versionlah... kalau kutulis semua alamatlah tak jadi ke dapur jugak I ni karang... tapi yang pasti jemput2 ikan bilis memang kegemaran kami sekeluarga bila cuaca sejuk macam ni. Pizza pun dah jatuh no. 2...

Alamak! IRP dah sound la... "kata nak buat jemput2!!!" . So.. I nak chau....

Daaaaaaaaaaaaaah... ;)






7 comments:

  1. Sedapnya makan chekodoq...cicah plak ngan sambal sardin pedas...Tak makan nasi pon takpe.

    ReplyDelete
  2. JS - memang sedap!! satu2nya makanan tersedap di dunia.. ;)

    ReplyDelete
  3. Dijemput makan jemput-jemput jangan sampai semput. Jemput2 siput sedut. Anak2 main enjit2 semut. Nak dapat mood kena makan jemput2 kut? Makan jgn ingat bekas endut, nanti ada yg merungut.

    ReplyDelete
  4. Tgoklah template blog aku yg terbaru...beri komen yg membina ok. Nak juga aku dapat 1K Nufnang tu.

    ReplyDelete
  5. MS - hahahaha lucu ko punya pantun tu.. yg selalu ingat bekas endot tu kwn ko tu... hahaha.. sian dia.

    Template baru? Nt aku jenguk. Amin.. aku doakan nuff ko jd 1k sebulan.

    ReplyDelete
  6. Haha.. mcm ni la cara nak ambik mood. Mmg berkesan ;)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.