Monday, November 14, 2011

Benarkah IQ anak dipengaruhi oleh IQ ibu?

Korang pernah musykil tak kalau orang ngajar anak sampai macam nak "makan" anak tu? Tak boleh tengok tv, stay sampai midnight, no cartoon, no games. Padahal budak tu baru tadika je pun. Lantas apa yg terfikir kat kepala I selalunya ialah...




"Maybe dia nak anak dia kalahkan Edy Putra kot?" ataupun.....

"dia ada seorang ibu mertua yg garang dan selalu membanding2kan kepintaran cucu2nya... emm maybe, maybe dia ingin membuktikan pada ibu mertuanya..."

Oh benarkah?



Teringat I pada sorang yg I tak berapa kenal la pun. Dia ni sangat tensen tau tak... sebab hubby dia selalu salahkan dia tiap kali anak2nya tak dapat score.. Suami akan kata "Ni bodoh ikut awak la ni!!"... Siannya dia.... sungguh kejam suami awak tu berkata begitu.



Betul ke? Mari kita google search untuk kepastian... (actually dulu selalu dah dengar benda ni.. tapi lupa, ni I google search lagi..)



Faktor genetik seorang Ibu sangat berpengaruh terhadap kecerdasan anak. Menurut ahli genetik dari UMC Nijmegen Netherlands, Dr Ben Hamel “Pengaruh itu sedemikian besar kerana tingkat kecerdasan seseorang terkait dengan kromosom X yang berasal dari ibu”.
Oleh itu, ibu yang cerdas berpotensi besar melahirkan anak yang cerdas pula. “Dengan demikian, lebih baik memiliki ibu yang cerdas daripada ayah yang cerdas,” ujar Hamel. Namun, kelainan genetik dari seorang ibu juga dapat diturunkan kepada anak-anaknya, termasuk di antaranya retardasi mental.

“Lebih baik memiliki ibu yang cerdas daripada ayah yang cerdas,”??????? Ha?? Ya ke?


Gitu eh? Kalau macam tu... meh la wahai puan2 semua... kita "pandai2kan" anak-anak kita.... jgn bertangguh lagi... Huhu!!! Yeszza!!!


P/S :    So puan2... Jika anak-anak anda bijak2 belaka, silalah share'kan entry ini kepada suami anda dan minta dia keluarkan surat penghargaan kepada anda  kerana anda adalah penyumbang terbesar  kepada kegenius'an anak anda.. keh keh keh.. (sambil kenyit2 mata pada Yatie TIJB)

4 comments:

  1. tapi kan MM ade tu mak sikit punya bergeliga otaknya sampai mencapai Phd... tapi anak hemmm tak tau nak ckp punyalah lembam..

    nak kata apa tu ye..ayahnya kot..

    ReplyDelete
  2. Kak C.O - Maybe salah ayahnya kot Sis? Hahaha..

    ReplyDelete
  3. haha..
    lepas ni kalau preggie lagi (insya-Allah) nak pulun main sudoku je..kih3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good. Main sudoko, menyelesaikan teka silangkata, mengaji.. insyaAllah.. mmg memberi hasil yg menakjubkan. Asalkan tak diserang mabuk2 dah la kan.. :D

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.