Jika ingin dibanding ketika mula-mula masuk ke tadika di mana ketika itu Mamanya pun jadi papadom mamadom...lol.... hari2 menebeng kat sekolah sampai habis kelas, ditinggal melalak pula..... memang seharusnya I bersyukur sekarang sebab Shashal sudah pun pandai membaca.
Kami masukkan dia ke tadika seawal usia 4 or 5 tahun (haih tetiba I lupa plak.. nanti I cek balik date pada gambar2).. pelbagai drama telah ditempohi, berganti tadika memang puas la orang kata..... alasannya dia kata dia jatuh tangga, then fobia nk gi sekolah lagi, tak tau la betul ke tak... tapi kami layankan je la, as long dia happy. Then tukar la tadika lain pulak... tapi dia pun masih tak serasi.. last2 cuti la setahun dari bertadika... duduk rumah temankan mamanya.
Masuk 6 tahun kami pun paksa dia bersekolah semula.... kali ni I betul2 nekad untuk tinggalkan je dia hari pertama tu... melalak pun melalak la hubby kata, kalau tak sampai bila dia nak berdikari. Berbulan la jugak nak bagi dia set use dengan tadika baru tu... Satu hari Cikgu tadikanya menelefon mintak I biarkan dia seharian di nursery (lepas balik sekolah) sebagai satu usaha untuk menggalakkan dia bercampur orang, sebab Shashal ni satu sikapnya tak suka berkawan, Cikgu suruh buat keja, dia melalak, kat sekolah pulak tak suka makan (nak makan tunggu sampai balik rumah... macam la Mamanya masak paling sedap di dunia...:D).
I fikir2.. alamak, sedihnya... ya la kakak2nya dulu tak la macam tu pulak.. kalau si Ain memang suka sangat bercampur orang, Qistina pun even melalak tiap kali gi sekolah, tapi masih jugak suka berkawan... tapi tak kan nak biarkan dia kat nursery (sebab I ni jarang berpisah dgn dia).. then I cakap... ah biar je la. Lambat laun tentu dia pandai sendiri berkawan.
Last2, Cikgu tadika tu pun akur... "Tak pe la, I akan berusaha mengajar dia hingga berjaya". Memang terharu dengan kata2 dari guru india itu. Tu la yg I sedih sgt bila dah masuk minggu2 terakhir Shashal kat tadika ni, rasa terlalu banyak dah jasa yg guru itu telah taburkan.. tak terbalas rasanya...
Alhamdulillah sekarang ni Shashal dah pandai membaca dan menulis dan tak bermasalah lagi untuk bercampur dengan kengkawannya.
Sebagai memastikan dia tak buta huruf, I memang selalu galakkan Shashal menulis sendiri apa yg dia request sebelum kami keluar nyoping..
Inilah hasil penulisannya... semua barang2 yg dia
request ni kegemaran dia la tu.. No. 3 tu apa? Janan? J.A.J.A.N la sayang....
So, jgn la sedih jika anak2 anda melalak ketika nak masuk tadika.. lambat laun mereka ok la tu.. kadang bebudak lelaki ni memang lambat sikit masuk gear... tapi bila dah ok.. dia akan racing terus!
Motif entry ini :
1) Sebagai mendetailkan lagi apa yg I dah jawab pada entry dari Dr. Sirna berkenaan dgn pengalaman menghantar anak ke tadika.
2) Supaya bila besar nanti, Shashal akan baca semula "kronology bagaimana dia mula mengenal ABC"
request ni kegemaran dia la tu.. No. 3 tu apa? Janan? J.A.J.A.N la sayang....
So, jgn la sedih jika anak2 anda melalak ketika nak masuk tadika.. lambat laun mereka ok la tu.. kadang bebudak lelaki ni memang lambat sikit masuk gear... tapi bila dah ok.. dia akan racing terus!
Motif entry ini :
1) Sebagai mendetailkan lagi apa yg I dah jawab pada entry dari Dr. Sirna berkenaan dgn pengalaman menghantar anak ke tadika.
2) Supaya bila besar nanti, Shashal akan baca semula "kronology bagaimana dia mula mengenal ABC"
Plan nak hantar emill ke pre school thn dpn..mmg wajib dia melalak kena tgl nanti ni sbb dia mmg malu2 bila kt tmpt baru
ReplyDeleteLIP - wish u luck.. hehe.. sama la tu kot dgn anak bujang I.
ReplyDeleteBagus antar kt pra sekolah... Lebih cepat matang dan berdikari.. Alhamdulillah Syahir lebih bijak mengatur kehidupannya skrg... Masa majlis konvo 11.11.11 ari tu bukan dia yg menangis... Tapi bondanya yg menangis coz dah x ada anak yg skolh tadika lge... Sayu sgt2...
ReplyDeleteANIS - ingat Cik sorang yg nangis.. ko pun? Hehe... biasa la kan.. cam sebak gitu. Pasni kena beranak lg nih.. haha.
ReplyDeletebudak2 ini macam2 ragam. . .ada juga kanak2 dah nak abis sekolah. . .masih menangis. . .bang senang. . .takda masalah. . .zanial entahlah camna tahun depan. . .mintak2 taklah melalak. . .sbb zanial ini susah juga nk bercampur gaul. . .kesian juga tengok teacher yang sabar dengan karenah pelajar dia. . .itulah muliakan kerja sebagai cikg inikan. . .asalkan dia ikhlas, .^_^
ReplyDeleteEila - anak sulung I pun sama mcm you punya "abang" tu.. ok je tak melalak.. maybe sbb masa tu dia blom ada "kwn" kt rumah jd lebih suka gi sekolah.. time adik2 dia problem pulak..
ReplyDeleteKerjaya guru mmg mulia dan perlukan kesabaran.. mmg salute la kt diorang.
hehe, comella tulisan shahsal, semua list barang kat atas tu mesti kegemaran dia kan...MM ni tau2 je yang i pulak berdebar-debar sebab anak nak masuk tadika..hehe..thanks MM
ReplyDeleteDR SIRNA - ha'a semua tu makanan kegemaran dia..
ReplyDeleteJgn risau, insyaallah semuanya ok. Wish u luck Dr. ;)