Saturday, November 12, 2011

Seharian menyoping kasut ..

I pernah menelefon kawan I dan dia dalam keadaan takde mood ketika itu, then I tanya... why? Dia jawab..

"Apakah kau akan rasa gembira bila sesuatu benda yg kau tempah (baju) ratusan ringgit kau harapkan lain tapi yg kau dapat adalah lain?".

Ya, I setuju dengannya... sebab tu la kita pompuan ni jadi tersangat cerewet apabila menyoping sesuatu... (actually untuk mengelakkan berlakunya penyesalan2 seumpama itu)... lagipun duit bukan didapat dari daun2 kering yg gugur depan rumah, time nak pakai tinggal pakat2 laki bini kaut masuk handbag, betul tak?

Motif entry ini : Untuk memperjelaskan mengapa wanita jadi tersangat cerewet dan ambik masa yg lama untuk nyoping. :P

Ok lupakan kisah itu... Hari ni I nak crita... kami nyoping dari pukul 2 petang sampai la pukul 9.30 malam...logik la kan, dah seminggu tau I tak keluar rumah, rela I menghitung hari demi untuk nyoping bersama cik abang tunggu dia cuti weekend... shopping sorang2 tak syok arr, nanti takde sapa jd imej consultant I...

Tapi kelewatan itu bukan berpunca dari kecerewetan yg disebutkan tadi, tapi.... cari saiz kasut tak jumpa-jumpa. Heran la.. korang pernah tak alami apa yg I alami? Panjang sgt ke kaki I ni?

Cop cop.. bukan sebab cari kasut je jadi lama sangat mcm tu... sebab melayan kerenah anak-anak nyoping buku, nyoping baju diorang pastu masuk contest dan macam-macam lagilah... (tapi tak kan semua benda I nak detailkan plak kan.. segan la kan..).


Lepas maghrib baru terfikir untuk singgah di kedai Puma ni (setelah brand-brand lain seolah2 tak memberi simpati kepada I pun - rata2 diorang kata "Saiz yg you nak tu tak de", "Oh.. tinggal yg display ni je". Display I tak nak la.... (entah aku yg cerewet ke atau korang pun macam tu? Pada I, tak berbaloi la kalau harga pun tak de diskaun pastu kena beli yg display bekas2 tapak kaki bercagu orang.. I lebih rela tak beli).

Tapi sib baik IRP cadangkan I beli kasut Puma yg sporty2 ni, banyak pulak pilihan, saiz pun senang dapat. Setelah pening2 lalat buat pilihan sebab macam2 kaler yg I berkenan kat situ... dan malas nak round lagi.. perut pun dah lapar, I pun beli je la yg ni.

Alhamdulillah.. terjumpa gak kasut yg menyelesakan kaki akhirnya...






"Donut bandar" kegemaran hubby and anak2 untuk dibawa pulang...
Macam I ni.. lebih suka "donut kampung" je... ;D


3 comments:

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...