Saturday, December 17, 2011

Ada benda hesteria dalam perut aku..

Semalam... selesai aku mengerjakan kebun belakang rumah, sebab jelous dengan Kak Jai.... :D.... tetiba aku diserang sakit perut. Sakit mencengkam2... bagai ada "smurf" sedang histeria dan terkinja2 dlm perut aku.




Abaikan keadaanya yg belum bercuci ini (blom sempat lagi nak make upkan dia, tetiba hari dah senja)... tapi ke"antik"kannya menggamit memori silam kan?.. Lately ni... aku kembali meminati barang-barang antik... maybe sejak melihat rumah Mat Saleh yg aku lawati itu ari..... keadaannya mendamaikan even hiasan mereka adalah tinggalan2 lama yg berusia ratusan tahun hasil peninggalan nenek moyang.. Rata-rata mereka menerapkan konsep.. "di luar jelek.. di dalam cantik". Faedahnya tentu sekali ialah orang nak merompak pun fikir 2 kali sebab menyangka rumah tu memang benar2 usang luar dan dalam.

Ah.. lupakan seketika tentang kisah rumah2 orang semua ni.... sebab penceritaan aku kali ni sebenarnya nak fokus pada kisah aku diserang sakit perut malam tadi.




Oleh kerana hari dah jauh malam... malas pulak nak gi klinik. Sudahnya segala benda kat atas tu la jadi "penawar".... IRP balik dr meeting, dia terus buatkan air panas dlm botol tu then I tuam2 perut dgn air panas, rasa lega la jugak seketika. Pastu hidu2 lemon untuk hilangkan loya.. tapi vommit jugak dibuatnya. Ahhhh aku tak suka vommitt2 ni semua (kalau ngandung tu takpe la jugak kan... 9 bulan dpt gak hasil), dah la asik ter"berry2" (tau tak apa itu "berry"? tak tau takpe)...... tertekan aku semalaman, tido pun tak lena. Barulah aku insaf.. betapa berharganya dikurniakan kesihatan..







"Tu la... lain kali senja2 jangan keluar" kata kawan aku. Ya ke?

"Ni mesti pasal terkena baja yg I siram kat pokok?" kata IRP... eh tak la.... lepas I gi menggembur tanah tu, I basuh tangan bersih2.... pastu I takde makan apa pun.. alih2 sakit perut.
"Food poisioning" Ujar doktor - dan aku lebih percaya pada dignose dari doktor walaupun jenuh aku memikir... bendalah apa yg aku tersalah makan semalam. Mujurlah aku sorang je yg terkena.... Bercinta tau ni nak habiskan "air garam" yg doktor bekalkan... kena minum tiap 1 jam sekali... petang karang baru boleh makan.. itu pun cuma roti je yg digalakkan. Lain2... lupakan saja utk sementara waktu.

Kesakitan adalah penebus dosa-dosa kecil dan pengerat kasih sayang suami isteri... (perkataan warna merah ni korang setuju tak?).. tak setuju tak pe.... aku nak sambung abiskan "air garam". Wassalam.
"




6 comments:

  1. semoga tak terberry2 lagi kak..hehe..

    salam singgah :)

    ReplyDelete
  2. hihi. . percaya2. . memang betul. . time sakitlah. . baru nampak true color. .




    semoga cepat sihat yee. . .kalo perut problem. . memang sakit. ,rasa cam nk melalui proses bersalin lagi sekali pun ada. . hihihi ^_^

    ReplyDelete
  3. YANA - Alahamdulillah dah mkn ubat, dah tak terberry2 lagi.:D Thanks singgah ye..


    EILA - time ni la nk manja2.. hehe..

    ReplyDelete
  4. Ha'a Eila - rasa mcm nak bersalin pun ada... 5 minit... 5 minit sakit. Thanks atas doa.

    ReplyDelete
  5. uishh...jenuh kalo bery2, letih ke bilik air..
    get well soon ek

    ReplyDelete
  6. Thanks Halimatun.. ha'a.. tak nak berry2 lagi.. strawberry tak pe kan..;)

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.