Thursday, December 15, 2011

Korang happy tak nak hadapi 2 minggu lagi ni?

Lagi 2 minggu lagi je rupanya...... alahai tak bestnyaa...
Tahan I ni tak bertanya dgn bebudak tu bila nak naik sekolah (sebab memang suka diorang cuti)... tetiba malam ni
tertanya plak... terus hiba rasa di hati hamba... sob sob sob ... T __ T

Apa agaknya untuk kembalikan keceriaan meraikan naik sekolah?
Entah korang...


Apa kata kita buat seolah-olah macam kita nak sambut raya..
Orang nak sambut raya kan ke happy menghitung hari...
Buat kek, buat kuih, cerita pasal bonus raya, kasut raya,
mercun.. bunga api.. bazar ramadhan... dan bla bla bla


Tapi kuih apa la pulak untuk menyambut naik sekolah?


Ha!!!
Let's get started my bloggers friends...
Apa kata kita cerita pasal.....
betapa bestnya kalau anak-anak sekolah...

Alahai bestnya tengok diorang pakai baju baru.... alahai bestnya la...
petang2 tengok diorang balik..

(Iyer je... tapi intonasi penceritaan macam tak berapa ceria je pun... lol.... macam masih mengharap diorang bercuti je tu )


Emm... ok ok..
Hari ni memang la dah 15hb pun...
Takpe.. kan lagi 15 hari naik sekolah...
selama 15 hari yg tinggal lagi ni..
misi kita ialah...

Pssttt.....Jangan la kita memarahi diorang lagi..
Cukup-cukuplah sebulan setengah yg lepas kita pernah memarahi mereka... ;P
..berleter dek cuai tak gosok gigi, membebel minta kuali, kata tak ada... padahal kat depan mata
"tapi ini bukan kuali Ma.. ini pan".... sabar je la..

Cukup-cukuplah tu kan kita meleterkan diorang... cuti sekolah dah nak berakhir dah..
bukan sebab apa... kalau kita asyik marah2 je kan...
bila diorang naik sekolah nanti.. kita gak yg sedih rindukan suara2 kecil itu..
terngiang2 kat depan mata pulak..
pastu baru sibuk menebeng kat hostel diorang
jadi "papadom"...

nota : apa-apa pun kalau Mama marah anak Mama.. itu tandanya Mama sayang...

Gambar : Penjara di Aussie...

p/s : Jgn la bersedih.. orang duk penjara lagi sedih..... kita ni kurang2 dapat gak berkongsi cerita dgn kengkawan kat alam maya ni... hilang boring..Align Left

15 comments:

  1. syukur minngu ini tenang. segala yg dirancang berjalan... salam kenal.. ada masa, jmput singgah blog saya.

    ReplyDelete
  2. kita pun pasti macam tue juga. . .kalo anak dah sekolah asrama. .
    walaupun belum berpergalaman. . .pasti camtue. . melainkan tiba2 tahun akan. . .pn.ila ini berubah jadi jiwa apa pun tak tahulah. . hiiiiiii ^_^

    ReplyDelete
  3. Tak! saya tak happy menempuhi 2 minggu lagi....

    ReplyDelete
  4. MM, akk bz blik jd makcik kantin n mak supir.... huarggghhhh (mood cry without song)...

    ReplyDelete
  5. Mohd Razik - Terima kasih following my blog.

    Eila - mmg mcm ni la bila anak2 dah besar... bertemu.. berpisah..bertemu lagi.

    Nett - Mari kita happykan diri walau tak happy. ;D

    ReplyDelete
  6. Salam Ziarah,

    Selamat Tahun Baru, moga umur panjang utk melaksanakan amanah Allah SWT. Amin

    ReplyDelete
  7. Happy new year Auntie Rina..yes.. hopefully kita pjg umur.

    ReplyDelete
  8. takdala nnt budak2 tu kacau u masak kat dapur, hiks

    ReplyDelete
  9. DR SIRNA - klu diorang kacau pun.. I akan senyumm je.. takde nak marah2 lagi.. masa marah telah tamat. hehe.

    ReplyDelete
  10. Semua guru akan bermesyuarat dan bermesyuarat tak lama lagi...malah dah ada yg bermula...maka pusingan akan bermula semula, begitulah seterusnya sehinggalah result keluar...dan cuti lagi hujung tahun nanti...dan begitulah seterusnya, diam-diam dah mendekati alam pencen..anakmurid dah bertebaran di seantero dunia, dan guru-guru mereka masih spt dulu....yang tinggal uban..dan wajah yg mula berkedut seribu sambil batuk2 makan ubat...

    ReplyDelete
  11. Oh dah ada penapis komen, jaga kau Sam...

    ReplyDelete
  12. EN. MS - Guru satu tugas yg mulia.

    Skrg ni aku nak menghitung hari utk tunggu cuti sekolah thn depan pulak.. :D

    Penapis komen tu... ikutkan aku bukannya suka sgt..leceh nak sign in, baru bleh nmpk comment dr kengkawan.. tpi bahana si HACKER "bertuah" itu ari.. terpaksa la aku buat semua ni.

    ReplyDelete
  13. dAN ADA JUGA KOMEN AKU YG TAK LEPAS DARI PENAPISAN INI, BUKAN?

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...