Saturday, December 31, 2011

Apa perancangan blogging 2012?

Berblog ni kalau tak de gang, memang kita rasa paling tak best. Lemah jugak semangat I ni sebenarnya bila sorang demi sorang kawan I meninggalkan dunia blogging tanpa mengetahui punca... tapi mujurlah teman2 di bloglist masih ramai yg aktif... baru la I tak segan nak berblog lagi, kalau tak memang I dah "tutup kedai" dan fokus pada blog peribadi yg diprivacykan tu.




2011 hampir melabuhkan tirainya, nak buat penggulunggan tentang entry2 I sepanjang tahun tersebut.... zasssttt!!! Layanzzz...

Entry 2011 - Jika dilihat pada entry2 2011, nampak gayanya macam "hobi gila tudung" yang I hidapi pada tahun sebelumnya dah mengurang.

Kekronikkan penyakit "gila tudung" di tahun 2010 nampaknya telah diganti dengan penyakit "gila masak" di mana entry2 resepi mula bermaharajalela di blog MISS MIRROR sepanjang awal tahun 2011. Pastu akhir2 2011, entry masak2 bertukar pulak pada entry jalan2.

Untuk tahun 2012 nanti tak tau la... kita tunggu dan lihat. Adakah kegilaan tudung menyerang semula. (Rasa macam nak beli lagi selai tudung ariani warna ijau muda, biarpun rajin bershawl, tudung ariani tetap mendapat tempat bila nak gi jenjalan jauh).

Kita tengok bagaimana pulak fesyen tudung 2012 dari designer2 fofular.. Kalau 2011 ni orang sibuk dgn shawl... Adakah fesyen 2012 akan lebih complicated atau lebih ringkas? Tak perlu sterika? Tak perlu inner? Tak perlu pin? Takde "unta"? Adakah fesyen ombak rindu akan mendapat tempat?

Mcm mana Fesyen Tudung Ombak Rindu tu?

Nanti I design.. ah malas.... penat la nak bukak program paint, baik I gi dapur masak ayam ungkep.... korang imagine je la sendiri tudung yg bentuk dia ombak2 macam ombak laut.. pastu kat bahagian dada ada gambar tsunami. lol...


Ada tak orang hobi gila dompet?


p/s : Jauh di sudut hati rasa gembira bila Comei kata akan aktif semula menjelangnya 2012 nanti... Happy advance birthday to you Mei yg menyambut ulangtahun kelahirannya pada 1hb Januari, dan juga tak lupa kepada En. Matsomherbs... pada 2hb Januari nanti.... dan juga kepada rakan2 blogger yg menyambut birthdaynya sama ada pada hari ini mahupun Januari nanti.

8 comments:

  1. happy new year 2012 miss mirror.
    all the best to u :)

    ReplyDelete
  2. Thanks Win.. Happy New Year to you too. ;)

    ReplyDelete
  3. Thanks Auntie Sherry... Happy New Year to you too :)

    ReplyDelete
  4. Thanks Fad... Happy New Year to u too :)

    ReplyDelete
  5. Oh..baru ai perasan dah lama juga kita kenal dlm dunia blogging ni..tapi betul cakap u blogging ni kalau xda geng dan xda org nk baca rasa macam sia sia je kan...
    Lawakla bila u mention pasalfesyen tudung ombak rindu...kihkihkih...

    Anyway,selamat tahun baru ye MM..moga murah rezeki dan panjang umur...

    ReplyDelete
  6. Dr Sirna - ya mmg lama dah...

    Thanks atas ucapan tu.

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...