Wednesday, December 7, 2011

Menjadi PAPADOM di tengah-tengah keriuhan JCard Day Jusco Tebrau

Orang kata.. "Jaga lembu sekandang lebih senang dari menjaga anak dara sorang..". Sebab tu la arini... I jadi Papadom!!

Dah seminggu si Ain plan nak bersantai-santai dengan kengkawan sekolahnya, bukan la jauh mana pun... kat Jusco Tebrau je... tapi awal-awal lagi I dah bagi kata dua..

"Boleh... tapi dengan syarat...Mama ikut sekali".

"Ala Mama ni..... "

Takde ala-ala... Mama tak akan berkompromi dalam hal-hal macam ni. Biar la hang nak kata Mama kolot ke.. apa ke.. Mama tak pedulik! (tetiba terasa macam DNA arwah ayahku mengalir terlalu banyak dalam badan aku... haha... masih aku ingat bagaimana marahnya dia bila dapat tau aku gi picnic dgn kengkawan di Minyak Beku pastu tak bagitau dia, seharian aku kena marah, padan muka aku).

Nota : Entry hari ni entry pemalu sebab gambar semuanya cenonet2...harap maaf.. psst... kalau bubuh pix besar2, nanti keinginan membeli pun besar pulak.. harap maklum.. (kalau nak besarkannya jugak.. sila tekan CTRL +)




Sampai je JJ, I pun bagi la pelepasan si Ain nak merayau dengan kengkawannya tu.. sementara I pulak berlegar-legar di kawasan sekitar yg tak jauh dari mereka. (dah nanti kalau I ikut diorang.. tak ada "privacy" pulak mereka nak cerita-cerita secret kan? I tau la... I kan pernah remaja).... tapi handset kena sentiasa standby and sentiasa sms utk update status.

"Apa yang ramai sangat orang arini?" Bisikku dalam hati sebaik memulakan langkah.... terkejut dengan selautan manusia yang memenuhi ruang JJ.

Alamak!! Jcard Day rupa-rupanya...


"Jangan la aku terjebak.... sudah-sudahlah aku terbeli handbag kat Aussie itu ari... ya Allah.. selamatkanlah hamba-Mu ini.. amin".

Alhamdulillah... Allah menyelamatkan jugak duit I akhirnya walau ada sale sampai 80%...

Penat menunggu diorang, I pun bawak Shasal makan cake di Vivo...



Wajah gadis-gadis sunti yg kian meningkat remaja..
(3 orang kawan Ain yang bergaya-gaya kesemuanya)





Ini saja hasil dari "rusuhan" di JJ...
Baju SEED dan KIKO untuk Shashal.. (diskaun 50%)
Entah la... bila dah ramai2 bersesak2 macam tu..
tetiba macam hilang idea pulak nak pilih..
sebab nafas rasa makin sesak..

Oleh kerana memasing tak jadi tengok wayang, sebab ayah memasing tak izinkan... so, pukul 3 kami pun balik la ke rumah.

8 comments:

  1. Huuuuuu...Missing JCard Day so much...dolu2 masa dok Kota Tinggi mmg selu gi Jcard Day nih..kena plak dapat pengasuh sporting, tinggal anak kat dia..huuuuuuuuuuuu meredah la lautan manusia ngan hubby [nasib dia pon x kisah punya!!]....Terengganu x de JJ la MM :((

    ReplyDelete
  2. Alahaii siannya GIE.. nostalgia dah ye. Takpe.. nt senang2 turun Johor lg.

    Untung la ada pengasuh yg sporting mcm tu, klu bwk anak mcm I ni.. leceh sikit, sian diorang terhimpit2.

    ReplyDelete
  3. Ada anak yang dah mula dewasa ni menambah kematangan dan ketuaan kita.

    ReplyDelete
  4. En MS - aku terus rasa tua tetiba bila bercampur dgn bebudak yg makin meningkat remaja tu. Cepat je masa berlalu kan..

    ReplyDelete
  5. suka cara sam. . ikut sekali anak dara itu. . kalo kita pun akan buat perkara yg sama ^_^

    ReplyDelete
  6. EILA - Sbg ibu mmg kita kena berkorban apa saja, biar dikata kuno pun takpe, janji hati kita tak risau.

    ReplyDelete
  7. hamboi2, anak2 dara ni..melawa sungguh depa..kekeke.. tapi takpa..masih bersopan dan mnegikut nilai2 ketimuran lagi..kekeke

    ReplyDelete
  8. Betul tu Linda..bergaya2 semuanya...anak I je yg tak reti bergaya..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.