Monday, December 5, 2011

Resepi-resepi untuk ber"travel"lan... Resepi Cincang Tumis

Jika anda adalah seorang yg suka travel dgn berbondong-bondong membawa segala kelengkapan dapur termasuklah lesung, batu giling, blender sila abaikan resepi ini. Belum tentu lepas kat imigresen kot kalau bawak benda2 tu semua.. Lepas maybe boleh lepas... tapi nak menjawab, nak declare, nak isi borang bagai....tu yg... hmm.. malas kot.




RESEPI NASI GORENG CINCANG TUMIS

Nasi putih
Ayam yg dipotong dadu, dibasuh, toskan
Bawang putih - dicincang
Bawang bombay - cincang
Capsicum - potong dadu
Carrot dipotong dadu
Kubis - hiris nipis
Sos tiram
Kicap manis
Chicken stok
Garam


Cara

1) Masukkan minyak - tumiskan bawang putih hingga kekuningan
2) Masukkan ayam - biar ayam masak
3) Masukkan bawang bombay
4) Masukkan sos tiram
5) Masukkan chicken stok
6) Masukkan carrot - biar agak layu
7) Masukkan nasi putih - gaul2kan hingga berasap
8) Masukkan kicap manis
9) Bila dah sebati kesemuanya... masukkan kubis...sebatikan...
10) Angkat



RESEPI DAGING BLACKPEPPER CINCANG TUMIS

Daging beku - dihiris memanjang (basuh, toskan)
Halia - cincang halus
Bawang putih - cincang halus
Bawang besar - dimayang nipis
Capsicum hijau - dipotong2
Sos tiram
Sos cili
Kicap
Tomato puree (sebab takde... so guna 3 sudu sos prego)
2 sudu tepung jagung
Garam
Perasa
Serbuk blackpepper - to taste


Cara

1) Masukkan sedikit minyak dalam kuali
2) Masukkan bawang putih
3) Masukkan halia
4) Biar kesemuanya bertukar keperangan dan wangi...masukkan tomato puree
5) Masukkan daging, tambahkan sedikit air
6) Masukkan sos tiram
7) Masukkan sos cili
8) Masukkan kicap
9) Tambahkan blackpepper... perasakan garamnya, tambahkan perasa jika suka
10) Tambahkan sedikit air lagi then masukkan tepung jagung.... dan biar daging empuk (sekira2 1 jam)
11)Masukkan bawang besar yg dihiris tadi dan capsicum..
12) Biar kesemuanya layu... angkat.

*Untuk memuaikan masakan ini, bolehlah ditambah dgn gorengan kentang yg dipotong wedges.


RESEPI KENTANG MIX AUSSIE STYLE..

Kentang dibuang kulit dan direbus hingga empuk (jumlah kentang - sila kira sendiri spt dlm gambar di kuali - pix atas ...hehe)
Sebuku butter - butter mmg nak kena pakai byk
Bawang bombay - mayang halus
Rempah campur (ada terjual di tempat rempah western yg mana di dlmnya terdiri dari Italian herbs and so on)
Capsicum - potong dadu
Garam

Cara

1) Cairkan sebuku butter dlm kuali yg panas
2) Masukkan bawang bombay - biar kekuningan
3) Masukkan kentang.
4) Masukkan rempah campur
5) Masukkan capsicum - perasakan garam ikut citarasa anda
6) Gaul sebati kesemuanya dan angkat


Selamat mencuba ;)



10 comments:

  1. baikknya hati kak Mm syer entry.

    thanks sayang..

    mmg kan, time kalau jalan2 ginilah agak payah nak cari bahan.. takkan nak angkut blander

    so, cincang2....mudha gitu
    ayu nak save dalam draf.. mana tau esok2 pi travel.. heheh

    ReplyDelete
  2. Ayu - sila.. sila.. kalau kurang sedap, silalah tambah2 mana yg patut.

    ReplyDelete
  3. MM,kalau gitu akak kena gi ostrolia laa yer kalau nak try resipi nie...hihihi.resipi menarik n mmg sedap tak cuba tapi agak dah.
    selalu gak MM gi sana ada sedara yer,,kalau ada nak gi lagi bgtau akak siang2 leh kirim kanggaro ker koala ke,,nak gi mmg tak dan!!

    ReplyDelete
  4. KAK ASMA - Hai Kak!! Nak cuba resepi ni takyah gi Ostolia Kak.. Apa kata kita main masak2 kat Tropical Village Ayer Hitam. Ada lg ke tempat tu? Jom!!!

    Sedara? Sedara semuslim mmg ramai.. (kat mesjid Perth ramai Mat Saleh Muslim).

    ReplyDelete
  5. ringkas..bukan takat sesuai utk travller..sesuai utk wanita berkeluarga dan berkarier...

    ReplyDelete
  6. NAFISA - ya betul.. tak perlu nak basuh lesung/blender kan? ;)

    ReplyDelete
  7. rajin juga MM cincang cincang, kalau saya campak campak jer ;)hehe, lazy kan?

    ReplyDelete
  8. DR SIRNA - kalau campak2 je bermaksud bawang2 tu akan bulat2 tak berkupas plaksss..hehe.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.