Friday, December 2, 2011

Sambungan entry jalan2.... emas tu panas menggelegak..

Atas permintaan, I menyambung lagi N3 jenjalan Aussie ni... harap2 takde yg loya2.

HUJAN EMAS DI NEGERI ORANG, HUJAN BATU NEGERI SENDIRI - nenek kita kan selalu ckp... TAPI kali ni Miss Miror betul2 nampak hujan emas kat negara orang puan2... berketul2....serious... panas menggelegak... seram!! Sampaikan terfikir.. kalaulah tertimpa kat kepala aku... Ya Allah... dah la kerusi tempat kami duduk tu hanya selang beberapa meja je dgn ketulan emas yg cair menggelegak tu.






Mana taknya... kami gi melawat kilang emas, The Perth Mint Australia yg letaknya betul2 di tgh Bandar Perth. Dapat la tengok demo melebur emas hingga menjadi satu cairan yg menggelegak then menjadi jongkong emas. Sorry.. gambar hanya yg cenonet ni je, tu pun ambik kat luar bangunan...tak bleh bwk kamera la dear..

Pelbagai bentuk jongkong emas dari serata dunia dipamerkan kat dlm tu. Nak masuk kilang ni kena bayar (lupa pulak aku berapa... almaklum bukan aku yg bayar). Nak murah kena harga package, 2 adults, 2 childrens = murah.
"Ada beli berapa ketul emas? Sebungkal ada?" Itu soalan yg ko nak tanya dgn aku kan.. tapi ko segan nak tanya. Jgn segan2...








Jawapannya... Kau tak usah jelous dan nangis....sebab aku tak beli even seketul pun. Tapi ada menempah satu replika gangsa yg bertulis :

"MISS MIRROR... mari menggedix sebentar".

Tengok la.. betapa tak romantiknya aku kan? Diorang yg lain semuanya gigih mencari2 idea ayat2 cinta, darling2 utk pasangan memasing bagi dipatrikan pd permukaan syiling replika tu, tapi yg aku ni asyik sibuk dgn nama blog aku tak sudah. Mat Saleh yg buat tu sampai tanya aku... "Who is Miss Mirror?".. terpaksa la aku jawab dgn jujur dan bendulnya, "MISS MIRROR nama blog saya, tuan"... harap2 Pakcik friendly tu tak menggoogle la blog aku yg buruk ni, walau berulang2 dia menyebut "oh Miss Mirror tu nama blog awak?". Huahua.. naya... nanti tak dpt nak ngumpat.


Ini pulak masa melawat kilang stokin di York. Shawl2 tu cantik kan? Kalau kau nak belanja aku, aku nak la, utk beli sendiri, rasa2nya tak kot sbb... harga dia RM300.00 sehelai. Serta merta teringat shawl RM30 kat JJ. (Sila la contohi cara saya berbelanja... tak nyusahkan somi kan? :P).



Cuba korang teka... apakah ini?

Tunggul kayu?

Salah!!

Besi buruk?

Ya.. pandai!!! Tahniah kerana anda tidak mengidap masalah penglihatan... tapi ni bukan sebarangan besi buruk tapi merupakan bajak2 dan peralatan2 perladangan yg dah usang tapi diorang hias di sepanjang jalan menghala ke homestay. Memang kreatif diorang ni. Berapa tahun tah agaknya diorang koleksikan barang2 tu semua sampai jadi begitu banyak, cantik walaupun dah berkarat. So, puan2 mulai hari ini, marilah kita simpan oven2 buruk kita, jgn buang.... mana la tau.. one day kita boleh buat hiasan dapur rumah kita pulakss.. sapa2 yg pandai buat decoupage (eh betul ke ejaan ni?), tentu jd tersgt cantik.

Seperkara yg mengagumkan ketika di sana ialah, kita tak perlu gusar kalau meninggalkan rumah tanpa mengunci pintu, dijamin tiada perompak.. tapi ni di kawasan2 kampung la... kalau kat bandar, wallahualam la pula.. Tapi dalam pada kata "tak perlu kunci pintu" tu, kita perlu jugak kunci la kan, apatah lagi jika ada anak dara kita dlm rumah (homestay) tgh tido lena then kita pulak sibuk menjemur kain kat tepi ladang. Anak dan wang adalah dua perkara berbeza. Keselamatan anak2 perlu la dijaga walau di mana pun mereka berada.
Ok.. itu je patik nak pesan. Jumpa lagi ye.


Thanks sudi baca.



6 comments:

  1. Saya suka entri MM yang ni, sangat menarik. Besi buruk tu arca,yg membawa makna, bahawa yg dah tua dan buruk usah dipinggirkan.

    ReplyDelete
  2. Haha.. thanks la sbb suka N3 ni.. sebetulnya saya sgt risau jika N3 Aussie teroverdos, bimbang pembaca akan muak pula.

    ReplyDelete
  3. kak MM

    awalnya kak bangun..
    singgah ke rumah ayu jam 3 pagi, ayu tak sedarlah kak..

    hehhe

    mmg betul komen si mat som..
    ayu sangat setuju..

    entry kak mmg menarik..

    dan.............
    ttg shawl tu, ayu pun tami beli.. mahalnya

    so, kak beli cendermata apa utk ayu?
    hahahhaha.. larii

    ReplyDelete
  4. Kita pun tak belilah shawl sampai harga ratus ini....paling mahal pernah beli shawl 80 hinggit....tue pun sebab terdesak....^_^ itulah shawl pertama beli....

    ReplyDelete
  5. Eila - sama ngan I, shawl termahal pernah beli RM80, beli kt Mid Valley, masa zmn2 tudung ala Wardina tgh meletop 10thn dulu.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.