Wednesday, December 14, 2011

AISKRIM TOMATO VS AISKRIM STRAWBERRY

Mengawal tekanan darah, melancarkan darah, mengurangkan kolesterol, menyembuhkan gusi berdarah, MEMULUSKAN WAJAH (saja capslock di sini.. huhu..), elak jerawat, AWET MUDA, mengatasi bisul, mengurangkan risiko kanser prostat, memulihkan kesihatan sel dan tisu badan, bertindak sbg anti bakteria, anti oksidan dan anti kanser...

Begitulah kelebihan BUAH TOMATO... tapi dulu2 aku memang tak suka buah tomato..... terkulat2 aku nak habiskan walau sebijik dan pelik napa housemate aku budak Pahang yang gebu kulitnya tu boleh pulak meratah tomato makan dengan kicap. Mereka semua berkulit gebu, putih melepak... sambil berbual2 menonton tv... sambil memotong tomato masuk dlm pinggan.. pastu ngapp... "Sam.. ko tak nak?"... hmm tak nak aku.. time tu la, kalau sekarang ni.. aku dah boleh la paksa diri aku makan tapi makan dgn cili padi ke, tabur origano ke... ataupun.....beli jus dia ke.... ataupun arini... I buat aiskrim tomato yg tak pernah dibuat dek orang ni...

Aku buat 2 jenis... mana la tau kan anak2 aku
tak suka yg tomato... jd aku buat la
ais krim strawberry
masih blom beku lagi ni.. lembab la peti ais aku nih..
anak aku dah tak sabar nak makan tau..

Tak kira la sama ada khasiatnya mungkin akan berkurangan bila dah jadi beku nanti kan... aku tetap gak nak buat aiskrim tomato ni memandangkan stok2 tomato banyak pulak kat peti ais .. dpd tak termakan.

Resepinya.... Tomato + Gula + Garam = blend together... masukkan dalam plastik aiskrim Malaysia. Bekukan semalaman.
Utk resepi Aiskrim strawberry - takyah ler bubuh garam... bubuh je gula.

Nota : Tapi aiskrim aku ni tak la merah menyala mcm aiskrim jual kat kedai sebab aku tak bubuh pewarna... pewarna tak bagus utk kesihatan ya puan2...

Aku tak tau la apa rasanya sebab blom beku lagi... tapi yg aiskrim strawberry tu memang sedapppp!!!! ... tadi aku makan sikit sbb ada yg dah beku.. ok... selamat mencuba. Kalau sakit perut jgn salahkan I... lariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii......

2 comments:

  1. Kita dulu pengemar tegar tomato. . .tapi dulu masa kanak ribena. . .< urm knplah tak sekrg dh tua bangka inikan, >



    Selalu curi buah tomato kat dapur, curi2 makan. . .mentah2. . .pelahapnya. . .camlah makan buah mangga. . .kalo ada tomato dulu. . .memang stok buah kudapan kita jelah. . .dulu




    betul ke boleh cantik kulit, haishh kena terapkan balik kesukaan itu camni. . .hihihi ^_^

    ReplyDelete
  2. Eila - kulit u kan mmg dah cantik pun.. tapi kalau nak terapkan balik kesukaan zmn kanak2 ribena.. mmg bagus, halus mulus mcm kengkawan I tu.. jom!!

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...