Wednesday, January 4, 2012

First day of school anak bujang aku...

Entry ni I buat dlm dua version... version pendek (utk readers yg tak suka saya merepek meleweh2) dan version panjang (yg suka baca novel).

Ok ini yg version pendek.... ( ingat nak belajar tulisan rempit dgn si Ain tadi biar entry ni jadi sependek mungkin tapi dia dah balik hostel plak)



First day of school si Shashal berjln dgn ok..
Dia dah tak nangis mcm masa memula masuk tadika.
Tapi... supriseee!!! Dompet dia yg berisi RM3.00 - balik dah kosong..
"Shashal bagi kawan2 tadi.. kitorang beli kek coklat.. sedappp"


Ok entry versi pendek ternokhtah di situ...


>

>

>





Ni entry panjang pulak.. ai nak tulis novel plak ni (novel versi moden sbb karangan ni mmg bahasa dia kurang puitis..harap maaf.... penulis adalah seorang yg tak pandai menulis ketika rumah tgh riuh)

"Adakah anda perasan yg anda kembali muda hari ini?"

Seawal 5 pagi ai dah terjaga, exited giler  nak tengok Shashal naik darjah satu.. Padahal aritu kan ai kata,  tak happy pun nak habiskan cuti persekolahan anak, tapi tetiba Allah beri ai keterujaan itu. Siapa sangka kan? Setelah selesai segala kewajipan, then dah sarapan mee hoon yg ai masak pepagi buta tu, kitorang pun hantar la Shashal ke sekolah barunya.. Dlm keta dia dah tersengih2, nampak begitu ceria.. lega rasa.   Ai sebenarnya masih fobia mengenang dia menangis masa tadika dulu.


Oh ya, entry ini sebenarnya ai pun nak tujukan kpd readers2 yg 2,3 ari ni asyik menggoogle tajuk "pengalaman hari pertama anak ke tadika", "bagaimana kalau anak menangis di tadika"... so, wahai ibu-ibu yg sedang menghantar anak ke tadika...jgn risau ya... tangisan itu tak lama, mungkin hanya berlaku masa diorang tadika je.. sampai masanya mereka dgn sendirinya akan exited nak ke sekolah tanpa kita paksa2. Kalau tunggu punya tunggu sampai darjah satu pun mereka tetap nangis jugak... kawinkan je la.. kekekeke... sorry gurau.

Kami suami isteri pagi tu sempat la tengok diorang assembly.. tetiba ai terperasan kembali muda plak bila sama2 menyanyi reramai dgn diorang. Kebetulan bangku tempat kami duduk tu berhadapan dgn dua orang budak pengawas handsome yg menjaga bendera turun naik... tetiba kenangan menjaga bendera masa sekolah dulu terimbau kembali. Ah bestnya masa tuuuu.... baru sweet 15.... Kan Comei kan? Skrg kita dah "sweet 19" plaksss (alahai perasannya.. sila tambah dgn 20)... cepatnya masa berlalu.

Bila bebudak tu nyanyi lagu Negaraku.. tambah hiba hati ini.. tak tau apa yg ai hibakan. Adakah kerana liriknya, atau semangat patriotik  yg terlalu tinggi atau teringat nostalgia nyanyi zaman sekolah atau.. entah, takde jawapan yg specifik pun.

Arini tak perlu bawak buku pun sebenarnya sbb sekolah dia masih minggu orientasi.. So, ai bayangkan apa la agaknya yg Cikgu akan tanya dia nanti.. tentu background diri and so on kan... so dlm keta tu ai dah tanya2 dia sbg persediaan..

"Shashal .. nanti kalau Cikgu tanya rumah Shashal kat mana, Shashal nak jawab apa?"

"Rumahku syurgaku.." Jawabnya dgn confident. Hmmm.... ada plak jwb mcm tu.

Petang.. dia balik dgn ceria dan tak sabar nak balik kampung dia kata... Ai tau kenapa.. dia cuma nak bagitau atok dia yg dia dah berani ke sekolah. Lantas ai terfikir.. adakah uniform dia yg putih dan seluar blue black itu yg membuat kanak2 sgt exited ke sekolah (sbb feeling2 mcm dah besar).. oh entahlah... persoalan terhenti di situ sbb otak ni tgh memikir apakah yg perlu dimasak utk sarapan esok.

Anda pulak mcm mana di hari pertama persekolahan anak2?

13 comments:

  1. pagi tadi fad kena hantar adik g sekolah.masa tunggu dorang berbaris nak masuk kelas tu asyik menguap je.nampak sangat slalu bangun lambat.hehehe.

    ReplyDelete
  2. Samalah dgn Syahir... Masuk hari 2 mcm dah x sabar2 ke sekolah... Bersemangat betul... Siap pesan awal2... Kalau nak lap mulut guna tisu jgn guna baju putih tu... Pandai plk berbelanja x mcm kakak2 dia... Klu bagi rm2. Sah balik dah x ada baki..

    ReplyDelete
  3. ANIS - Budak laki lg boros rupanya kan? Haha.. Cik tak dpt bayangkan cemana exitednya si Shahir.. moga impiannya nak jadi boss akan tercapai.. Amin... hehe.. Nenek doakan ni tau!

    ReplyDelete
  4. MM, anak MM start hnatar tadika umur 4 tahun ke 5 tahun?

    ReplyDelete
  5. alamak my baby baru setahun 4 bulan...belum bleh pegi sekolah... masih ada 5 tahun utk merasa pengalaman tu...

    ReplyDelete
  6. hahaha...baik ye anak MM elanja kawan2...anak saya pon sama gak..bawak rm3..kata ayah dia blanja rm2....lagi singgit simpan....dia balik siap cakap, "amir beli nasi singgit...kopok singgit...pas tu lagi singgit beli nugget..sebab ada kawa amir tak bawak $$ n amir belanja dia".....alahaiiiiiii

    ReplyDelete
  7. LINDA - 5 tahun.. tu pun cuti setahun sbb asyik nangis.. then 6 tahun baru betul2 tadika mcm org lain.

    EN ZUL - I dulu dr mula anak umur sehari dah mengira hari berangan2.. "alahai bestnya nanti klu anak sekolah" - kes emak tak sabar nak tengok anak cepat pandai..wahaha.

    GIE - Tu la kan Gie bebudak ni.. kelakar pun ada kekandang.. kdg kesian plak bila dgr dia ckp "kwn dia tak bwk duit"... kita pun tak tau nk jwb apa dah.

    ReplyDelete
  8. Hehe..comel je shashal ni siap nk blk kg terus bgtau atok yg dia dah berani...budak budak mmg innocent!

    ReplyDelete
  9. DR. SIRNA - Mcm tu la dianya klu dah happy sgt..

    ReplyDelete
  10. Selamat memasuki Tahun 1 utk Shashal

    ReplyDelete
  11. huhuhu, Shashal bg wang sakunya dgn kwn2 ya, baiknya dia.
    *sklh tmpt saya bertugas pun sama miss mirror, 1st day sekolah hari tu ramai parent yg ikut assembly specially parent murid2 thn 1

    ReplyDelete
  12. EN. MS - trima kasih.. doakan Shahsal berjaya ye..

    WIN - Tu la.. Seronok I bila dpt join diorg assembly.. hehe.. dah puluhan tahun tak merasa pengalaman tu.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.