Friday, January 13, 2012

Kisah semalam, hari ini dan TUDUNG 2012...



Actually takde apa sangat pun nak cerita... cuma ingin berkongsi dengan para "penggila tudung" di luar sana beberapa keping gambar.

I rasa ramalan seorang teman beberapa tahun lalu yg mengatakan tudung berawning a.k.a tudung ekin.. akan semakin kurang mendapat tempat di kalangan pemakai2 tudung di negara ini (ekoran pelbagai fesyen lain dah pun membanjiri dunia tudung negara) adalah meleset sama sekali.. sebab dewasa ini di pasaran makin banyak tudung2 fesyen tersebut yg masih menjadi gilaan, malah dipelbagaikan lagi dgn pelbagai corak dan aksesori.

Frust termiss Year End Sale tudung ariani December yg lalu
.. maka semalam I beli
je tudung dot dot yg entah jenama apa ni tah sbg mengubati kekecewaan di hati..
(maaf gambar sengaja di delete atas sebab2 tertentu)..... Untuk panduan para Muslimat, dengarlah youtube USTAZ DON ini untuk panduan cara-cara bertudung dengan betul.





I pun ada beli design terkini ala Anne Ngasri - Click here


Masih I ingat 10 tahun dulu... pashmina ala Wardina
adalah fesyen tudung yg popular..
(gambar atas sekadar lakonan semula.. bukan gambar lama ketika era 90an. :D )

Rasa2nya inilah shawl pertama yg I beli (beli kat Mid Valley... jenama apa tah.. lupa la)... gara2 tergila fesyen tudung, sanggup beli walaupun agak mahal ketika itu dan agak menyesal la jugak... kekeke..Tapi takde la ralat sgt kot sbb kain dia masih ok je hingga skrg & boleh difaraidkan kepada anak2. :D

Kesian Wardina kena rompak - click here



Ok la... cukup la itu saja segmen untuk "Hobi Gila TUDUNG" pada kali ini sebab I nak bukak
pulak TUDUNG saji... di dapur rumah ibu mertuaku ini.. untuk
menyambung sarapan yg tertangguh.. sambil berjoget TUDUNG periuk bersama
tucin kesayangan ibu mertua yg bernama BURUK (gambar bawah sekali).
(adakah you all percaya yg I akan berjoget? Jika percaya anda bukan kawan saya).

Ok jemput makan!!!



Speghetti Goreng Ala Shashal - resepi sila rujuk label : recipe



Putu Mayam - recipe sila tanya Mamak... :D


Makan sambil ditemani si UGLY ni.. ololo... nak teman
Mama Long makan ye..


Bagaimana dengan anda, adakah pilihan anda ialah tudung bawal, syria, shawl ataupun sama seperti saya? Tahniah kepada mereka yg telah berniqab... spt seorang sahabat blogger saya itu. Ianya menjelouskan saya.. sbb saya masih "belum" mampu utk itu.





mode : happy .... sbb teman I si Comei dah kembali ke dunia blogging.

11 comments:

  1. Alhamdulillah kan..
    bertudung selain menutup aurat..nampak lebih berseri..
    hehe..sekarang ni dok gila pakai shawl lak.. dulu bawal.. pastu tudung yang berhelmet tu.. ;p dan tudung syria.. pastu.. sekarang tudung selendang atau shawl..

    ReplyDelete
  2. Kella - Tudung helmet? Hehe..
    Shawl klu kita kreatif mmg pelbagai fesyen bleh digayakan.

    ReplyDelete
  3. MM..kalau sayer ni, untuk datang kerja selalu pakai tudung ber awning, kalau nak pakai shawl dtg kerja, time datang bulan jer..
    tudung syria pun pakai jugak..
    tapi paling cepat pakai tudung awning, senang, main sarung ja..kekeke..

    MM..manisnyaaaa MM menggayakan tudung2 itu..hehehehe

    ReplyDelete
  4. sy masih setia dgn cik bawal... hihi

    wlupun suke pakai shawl, tp klu pakai shawl dgn spek adalah x ensem, hehe

    ReplyDelete
  5. LINDA - Setuju dgn idea u tu.. shawl x sesuai tika kita bleh bersolat (itu maksud u kan?) sbb leceh nak menggayakannya bila kita kalut2 lepas solat.

    Thanks sbb puji kita manis.. kekeke. (sambil tersengih perasan)

    LIYANA - Saya pun kurang hensem bila bershawl.. tp kengkadang bershawl jugak utk sesuaikan dgn baju (warna).

    ReplyDelete
  6. mm...kalau i nak cepat atau gi kerja biasanya tudung ariani la jadi mangsa...tudung ni juga tudung penyelamat dikala i tgh freehair di rumah dan tetiba ada tetamu dtg or posmen nk hantar pos laju...tapi kalau nk melaram sikit i pakai shawl atau pashmina..sekarang gi kerja kerap juga pakai sampai ada kawan kerja tegur yg i cun pakai shawl...buwekkkk...sila muntah!hahaha....

    ReplyDelete
  7. oleh kerana comei malas..tiap hari pakai je la tudung syria...

    shawl yg ada simpan je...sbb tiap hari nak cepat tu yg pakai yg simple & senang...

    MM thks ye..skrg comei dah boleh bukak blog... huhuhuhuhuhuhu.....

    ReplyDelete
  8. DR SIRNA - Setuju sgt.. tudung2 berawning cthnya spt Ariani selalunya jd penyelamat bila nak cepat. Just sarung je pun dah cantik.



    COMEI - Tudung Syria mmg byk kelebihannya.. klu nak basuh bleh terus masuk mesin, tak risaukan awning dia rosak/terkelepet.

    Sama2.. moga terus rajin berkarya.

    ReplyDelete
  9. KAK C.O - apa yg cantik Kak? Tudung ke orang? Hehe..

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.