Saturday, January 7, 2012

Pagi nan hening di Jay Bee... Makcik pun tekan la keyboard...

Tiap hari sebenarnya aku berazam nak tulis ringkas-ringkas je kat blog ni... tapi akhirnya jadi panjang. Tapi takpe.... hari ni aku nak tulis ciput2 & seringkas mungkin.

1) Ya Allah.. segan aku ... tak sangka kawan aku yg kusangka2 tak tau URL blog aku rupa2nya dah tau tersangat lama. Pernahkah terjadi kepada anda? Apa reaksi? Tapi kenapa ek aku nak malu plak... bukannya aku tepek gambar seksi aku pun kat sini. Ngumpat dia pernah tak? Jap jap aku cek..... scroll downnnn!!!! Emmm takde kot rasanya, klu ada pun ngumpat yg baik2 je. Kekekeke..

*Itu kawan... bagaimana pula kalau boss anda puan2? Sanggupkah anda menghadapi? - sorry terskema plak ayat ni...

2) Menurut pengalaman aku, sesuatu benda yg beriya2 kita canang satu dunia... selalunya benda tu akhirnya tak menjadik. Contoh? Contoh? DSLR aku ni....Bila aku nak gi beli nihhh?

* moral of the story... kalau korang tgh couple... jgn canang kat orang selalu. Sikit2 je takpe. Mana la tau ada yg mendoakan benda yg tak baik gara2 kejelousan mereka.



3) Mengikut pembacaan aku "Seseorang lelaki tidak memerlukan pujian seorang gadis untuk lelaki itu tertarik padanya tetapi seorang gadis selalunya jatuh cinta dengan lelaki hanya kerana terpedaya dari pujian seorang lelaki". So gadis2 & wanita... mulai hari ini... kita takyah la nak sengih2 bangga kalau dipuji oleh lelaki. Pendek kata, lumrahnya lelaki mmg suka memuji untuk menarik perhatian perempuan.. hakikatnya kengkadang di belakang kita, mereka mengutuk kita bermati-matian. Eh iyer ke? Kalau dah jadi suami terkecuali ye.

** Bila tah paling last hubby aku puji aku? Lupa plak aku. Korang plak?

4) Aku sebenarnya rindu ngan kengkawan lama aku... tapi....

5) Satu motivasi utk isteri yg baik "Setiap mereka yg melaksanakan tanggungjawabnya dgn baik, selalunya akan mendapat HAK mereka, sekalipun mereka tak mendapatkannya dari pasangan mereka, sekurang-kurangnya Allah akan menghadiahkan mereka ketenangan jiwa." InsyaAllah la kan.. Amin.


p/s : Ini la akibatnya bila weekend tak balik kampung... tangan asyik gatal2 tekan keyboard .... padahal blom buat sarapan lagi.. Kekekeke.. Ok guys... enjoy yr weekend!

6 comments:

  1. hehe...kool la entri u ni...ai sekarang kerap juga blk kg.tp sempat juga nk blogwalking...

    #pst...i pun berangan nk beli dslr..dah canang juga kat blog dulu dulu sampai sekarang x beli beli...huhu#

    ReplyDelete
  2. DR SIRNA - Oic... tu la.. nyesal la I canang2 Dr.. sampai skrg tak gi beli pun. :D

    ReplyDelete
  3. setiap orang ada impian kan miss mirror, dan impian itu tiada batasannya.mana la tahu lebih dari cam dslr tu rezeki miss mirror tahun ni.
    *win pula jatuh cinta ngan Nikon 1 J1 10.1 MP HD Digital Camera System with 10-30mm VR 1 NIKKOR Lens (White)

    ReplyDelete
  4. WIN - Ooo yg lebih nipis tu ke? I confused skrg ni.. which one is better.

    ReplyDelete
  5. disebabkan fad masih lagi belajar,xde duit,pki jela barang2 biasa.nnt da keje nnt siap la.sume benda baru fad beli.dslr,i phone.hehehe.

    ReplyDelete
  6. Yes Fad... nt dah keja.. "lepas geram" ye.. hehe.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.