Bukan la nak kata aku busy sgt pun sampai tak leh update blog, sejak anak2 kembali ke sekolah sebenarnya aku byk masa senggang, tapi tak tau la kenapa sejak aku jadi "tour" ni aku jd malu nak update blog sehari sampai berkali2 mcm dulu2. (bukan "tour" yg membawa maksud "pelancongan" tu.... ni hanya bahasa Melayu yg sengaja di"gedix"kan ejaannya. Motif? )
Tapi kalau tak bercampur dgn masyarakat blog alamat la ibarat hidupku ini tiada maknanya.. cewah2. Dah la Mdm J jiranku yg dulu2 jd AJK mesyurarat tingkap dah pindah overseas, sejak tu aku dah takde gang nak berkongsi cerita pasal penjagaan kecantikan menjelang usia "tour".... oh lupa, ada gak aku tepon kwn lama aku, Datin Y (gedixnyaaa konon2 perasan kwn dia semua Datin... ah saja je sebenarnya, kitorg dr dulu mmg suka ber"datin2" klu menepon2... dah terbiasa sejak remaja lg..bukan sbb kwn aku tu kawin Datuk). Tapi Datin Y ni orangnya sempoi je walaupun dia mampu milik segala benda dlm dunia ni .. isteri yg zuhud, rajin buat kuih dan aku kagum dgn cara dia, dia kata dia malu kalau berbaju mahal2, lebih suka pakai baju biasa2 je, tak berapa gemar kalau hubby dia belikan baju kat butik, lebih selesa kalau berbaju pasar malam... bimbang dikata kwn2 lamanya "Eh Y skrg dah berubah sejak kawin org kaya". Biar pun itu hanya prasangka dia, tapi bagus la klu mcm tu. Ko ada?
Pasti keluhuran hati itu bermula dari amalan2 seharian... yg kita pun tak tau apa yg telah diamalkan oleh Datin Y (yg umurnya sebaya aku ni) di waktu malam nan hening di saat org lain tgh krohhh krohhh .... zzzzz.
Bab2 amalan seharian yg sunat2 ni.. kalau tak iyer2 mmg tak mampu pun (termasuk la aku ni), ko sangka makin ko "tour", ko makin kudrat dgn penatnya basuh baju berbakul, dgn godaan nak ngeblog.... kekeke..... entah ke mungkin ko dah dpt cucu... kena jaga cucu pulak....walau dulu2 time muda2 selalu janji.... "Nanti la lepas je aku pencen, umur 40an.. aku tak nak pikir apa dah.. aku nak amal ibadat je". (terngiang2 plak ckp2 sorang kwn lama aku ni tetiba).
penat aku dari tadi memikir, gambar apa yg sesuai utk tajuk
ni... last2 bubuh je la pix mesin basuh pinggan
yg aku snap masa kat homestary Aussie itu ari... jakun sikit
sbb kat rumah aku mmg takde pun mesin basuh pinggan ni..
(dpd aku buang pix ni, baik aku bubuh kat sini...
sbb arini nak cuci sume gmbr kat kedai)
•☆.•*´¨`*••♥ ....Miss Mirror...♥••*´¨`*•.☆•
Tapi kakak aku ada mengingatkan aku satu benda berharga....
"Eh aku takut la kalau mati tetiba... " Satu hari aku merengek kat tepon.. di hujung talian adalah kakak aku, Ustazah S.A. Entah ke gila apa aku masa tu, setakat kena gestrik terus pikir nak mati... pastu buat kecoh menepon semua kakak2 aku.. mujur kakak aku cuma ada 2, kalau ada 10, alamat la melambung bil tepon aku pd bulan tu... wakakaka (ko jgn sangka aku suka ketawa mengilai cam pontianak cenggini, ini sekadar utk hiasan blog bg menyedapkan jln cerita saja).
Pastu aku tak berapa ingat sgt apa jawapan kakak aku... tapi menyentuh bab amalan seharian.
"Sekurang2nya banyakkanlah baca selawat atas nabi sbg persediaan mati , kita nak masuk syurga ni sebenarnya atas rahmat Allah dan syafaat Nabi".
Oleh itu sahabat2ku yg tercinta... marilah kita amalkan berselawat supaya dapat syafaat Nabi S.A.W... insyaAllah... Lagi banyak lagi bagus. 1000 kali sehari klu mengikut kata mutafwif umrah dulu... (di mana insyaAllah, Allah tak akan cabut nyawa kita selagi kita tak layak utk ke syurga, begitu kata beliau jika kita amalkan 1000 kali sehari secara istiqamah). Tapi kalau kau dpt bangun malam utk solat tahajud lagi la sgt bagus.. sebagaimana lagu Datuk Sharifah Aini bertajuk... (alamak lupa plak aku tajuk dia).
Ini sajalah entry aku sempena jumaat yg mulia ini. Mekasih la baca...Terima la seadanya penulisan aku ni... ya la...what do you aspect from the old
timer = otai woman blogger like me kan ? Tak kan nak cerita bab kecantikan? Ah... itu blogger2 muda lg expert kan.. dgn tutriol mereka yg lagi canggih manggih bervideo bagai. Tapi oh ya... ko jgn lupa ingatkan aku... aku ingat arini nak beli la
kolagen barang setepek dua utk dimakan. Motif? Mestilah kecantikan tu utk somi kita. Nak beli on line ngan blogger popular tu... tapi aku on line banking pun dah lupa password... jadi aku nak beli je kat shopping complex. Korang kalau ada jenama2 yg nak disyorkan...jgn lupa ckp ngan aku tau! Lagi murah lg bagus.
Update : Aku dah jumpa kolagen yg amat bersesuaian dengan jiwa aku dan menggebuzkan kulit serta dompet aku... Korang nak tau?. Sila KLIK SINI.