Tuesday, March 13, 2012

Adakah anda puak "pelampau FB"?

Nak tanya ni.... Adakah anda dalam kategori puak "Pelampau Facebook" sebagaimana luahan hati wanita di bawah?. I percaya sebagai isteri/ibu bertamadun anda bukan la dalam kategori yg dimaksudkan dlm penceritaan ini. Apatah lagi dengan menu-menu masakan di meja makan anda yang bagaikan menu kenduri sekampung sudah cukup kuat untuk membuktikan anda pandai membahagikan masa.

Tapi jika anda dlm kategori "penagih dadah FB, Maka diharapkan Tip-tip mengurangkan ketagihan FB ini dpt membantu anda... (hehehe.... macam poyo je, siap bagi tip lagi Kak Mirror ni!!)

1) Jangan ada akaun langsung... buta2kan IT anda... hehehe..

2) Main la FB sepuas-puasnya selama beberapa bulan hingga kebosanan melanda (reverse physology). Nak main Farmville ke apa ke.... main la sampai muntah.... lama2 tentu bosan kan?

3) Kalau dah busy sgt, takyah tulis status langsung... maka dgn cara itu, akan kuranglah keterikatan anda pada FB. (Kalau tak reply karang orang kata sombong plak kan?).

4) Add la mana2 orang yang buat anda takde mood untuk mengadap FB lagi... Contohnya orang2 yg suka cari pasal dgn anda... Gerenti anda takde hati lagi nak mengadap FB...

Selamat mencuba. ;D









COPY PASTE DARI SEBUAH FORUM... untuk kita renung2kan bersama...

"Jiran aku, wifenya lagi teruk... gila FB, hubby keje shift. Aku tensen coz mak dia nak berFB, dia halau anak dia pegi rumah aku every weekend. Dia tetapkan masa, mcm hari Sabtu last 2 weeks, dia suruh lepak kat rumah aku sampai mlm. 7 lebih, budak tu tak balik lagi, aku paksa balik coz dah nak Maghrib.

Ahad pun macam tu..selagi tak cukup masa Mak dia kata jgn balik rumah. Mak dia sibuk nak bertenet, tak mau anak kacau. Mak bapak mmg tak jaga budak ni...selalu tertinggal bas sekolah coz lewat siap. Aku lah yg selalu dia tumpang..jiran lain pun pernah hantar budak ni ke sekolah coz kesian tgk dia mundar-mandir kat bawah apartment tu.

Mak bapak sedap membongkang, mak dia tu housewife. They all ada kereta, tapi bila anak tertinggal bas, buat donno jek, mak nye lagi giat mengadap lap top.Last2 budak tu minta tumpang keta aku.

Ada satu ptg, hubby aku balik kerja tgk beg sekolah budak tu ada dpn pintu rumah dia org. Pas tu hubby aku keluar balik, then dlm 11.30 mlm tgk beg budak tu masih ada dpn pintu rumah. MasyaAllah, apa yg mak dia buat? Tak tgk ke anak tu balik sekolah. Budak tu baru darjah 1.....sbg mak, mana tanggungjawab kau?

Aku bkn nak puji diri sendiri..lah. Aku ni career woman..tapi bila anak balik sekolah, aku ambil dr sekolah dan pastikan beg, kasut , stokin..dia susun elok2 dlm rumah. Aku tak lepas tangan walau aku ada maid. Kalau aku surirumah sepenuh masa, aku gerenti akan jaga anak2 aku 100 kali lebih bagus dr mak budak ni...

Tension gila, hari ni tadi budak tu lepak lagi kat rumah aku coz rumah berkunci, mak hantar bapak kerja katanya. Aku ckp kat budak tu, suruh mak dia buat kunci rumah lagi satu, bagi dia pegang. Rumah aku jadi rumah welfare dia pulak...lepak, makan minum. Sekali dua aku ok, masih boleh ikhlaskan hati...tapi sekarang aku tensen.

Budak ni pulak semacam, main masuk bilik org . Aku tgh tido, dia boleh tgk aku tak berkelip..sampai anak aku suruh dia keluar dr bilik. Weekend aku kat rumah rasa mcm nak bunuh diri....bingit, bising. Dah cukup menyesakkan bila anak2 sendiri gaduh, main. Ni tambah lagi seko bala.

Aku bkn benci budak tu, aku menyampah mak bapak dia. Beranak tau, jaga anak tak tau. Anak aku pun satu..aku dah pesan jgn ajak budak tu datang rumah dah...dia ajak juga. Ya..la, dia kesian kawan dia.
Mak bapak dia tak takut ke kalau budak tu hilang ke, kena culik ke, kena liwat ke? Eeiii..Nauzubillah.. Mana kasih sayang kau pd anak2?"


Catatan Kak Mirror : Mujurlah jiran2 I tak de pulak yg begini gaya....

12 comments:

  1. susah jiran gtu. klu nak membungkang gtu buat ape nk kawin ade anak ade laki ade rumah tangga, kan? heish

    ReplyDelete
  2. Wushh asal dasyat sangat penangan FB pada si mak tu -,-"
    kesian si jiran la pulak jd mangsa keadaan.
    moga makcik tuu sedar jugak la nanti eh :>

    ReplyDelete
  3. wah!! sampai begitu sekali penangan fb...
    hmmmm....

    ReplyDelete
  4. segala perkara kalau berlebih-lebihan memang buruk padahnya, so pandai2 la bagi balance...yang sedang2 saja....hihih

    ReplyDelete
  5. Hamboihh!! senang buat anak pastu tanggungjawab lepas kat org. Nasib baik la Ogy tak gila FB ke twitter ke...tau basic2 jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Malang sungguh klu dpt emak mcm tu kan Ogy...

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...