Sunday, March 25, 2012

Jalan-jalan cari jajan.... Angsana dan sekitarnya

Apam balik crispy!!!
Selalu nampak depan The Store BP diorang jual... tapi takde la byk pilihan filling mcm kat Angsana ni (ada pun peanut je).....


Kami order 2 keping. (RM3 lebih sekeping). Sebab sangkakan benda ni cenonet je...



Tapi rupa-rupanya ianya sangat BESARR!!!  Have a look! Tak muat tangan I ni..


Aduh mak... besarnya!!!  Terfikir dlm ati... larat ke nak abiskan ni, sebab baru lepas lunch kan....(di Restoran Bariyani Md Shah, depan Angsana)
Tapi!!!! Mujurlah ianya sedap dan crunchy!!  Dapat la kami habiskan akhirnya sambil2 calculator otak ni mengira2 jumlah orang yg lalu lalang depan muka pintu Angsana yg terbuka tertutup, menilik2 gadis2 JB yg jelita2 menggayakan pelbagai fesyen tudung, shawl, jubah dsbnya..... Owh!!! memang ramai  lah pengunjung Angsana ni dari dulu... tak pernah susut2.. kalau la UDA bagi bangunan ni kat aku kan best!!



 

Maybe dah biasa melayan kerenah2 blogger yg selalu singgah di kedainya, awek manis bertudung pink ini begitu sporting berposing di depan lens kamera Ahkak dgn senyuman manisnya...  Sempat gak bertanya "Cantik la tudung, beli kat mana Dik?"
"Kat tingkat atas tu je Kak"... dia ada sebut nama butik, tapi I terlupa la pulak.... tapi memang cantik la! Pink2 gitu.... boleh la join My pinky moment contest anjuran teman blogger tegar kita, Tuan Eriqazz... :D...



Kerepek2 yg terjual di Restoran Md Shah, UDA.... Cantik dia susun!  I pun sebenarnya first time makan kat restoran Md Shah cawangan JB ni.. selalu makan yg kat Benteng BP tu je..
Bariyani Md Shah sapa tak kenal!!!  Sudah semestinya lazat!!
Soda bandung yg menyegarkan.. secukup rasa....slurrppp!!!
Bagi yg rindukan ANGSANA, ni I dah snapkan untuk anda..

No comments:

Post a Comment

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.