Hujan yg sedari tadi turun membasahi bumi Jb kembali reda, sinar mentari mula kembali memancarkan cahayanya. Lalu apakah yg sedap untuk dimakan di petang2 begini?
Teringat akan tepung pulut yg aku beli itu ari, maka tersedia la kuih getas yg tak berapa jelita ni di atas meja santapan.
Kuih yg mengimbau kenangan silam...
Sepatutnya semuanya jadi bujur2 mulus bagaikan wajah si dara sunti make up 3 inci, tapi bahana nak cepat, maka kuihku jadi rupa nenek kebayan pula. :D
Resepi? Bohong la kalau tak tau resepi paling simple kat dunia ni kan? Tapi kalau you nak resepi juga, sila la salin......
RESEPI
1 cwn tepung pulut,
90 ml air dan segenggam kelapa serta secubit garam. Gaul2 mcm kita buat jemput2. Then goreng. Angkat, sapa suka sira, sila la sira. Aku tak suka.. so tabur je la gula kastor.
RESEPI
1 cwn tepung pulut,
90 ml air dan segenggam kelapa serta secubit garam. Gaul2 mcm kita buat jemput2. Then goreng. Angkat, sapa suka sira, sila la sira. Aku tak suka.. so tabur je la gula kastor.
sedapnya, makan ngan kopi o.. hiiiii ..kalaulah suami balik bolelah makan sama, ni? x sonok makan sorang2,.. ngap jajan jer lee..
ReplyDeleteMakan berdua ngan suami... tak sedap pun jd sedap kak. ;)
Deletelama x makan kuih getas2...mummy panggil kuih lidah a.k.a ilat. Ada lagi sejenis kuih guna tepong pulut gak, nama dia kuih bakar kelapa a.k.a kuih beko pun rasa lebih kurang cam ni cuma dia bakar. Makan panas2 sedapnya bahagian luar garing bahagian dalam lembut je...ada satu restoran dekat opis Mummy ada jual, seketul 50 sen... u should try, makan sekali mesti nak lagi...hihih... kalau kat JB x de jual nah Mummy copy paste resepi MM buat yer...hihih
ReplyDeleteKuih Beko / Bingka Kelapa
Resepi : Kak Wan
Bahan-bahan
200gm kelapa parut putih
80gm gula pasir
150gm tepung pulut
1 biji telur A - di pukul ringan
4 sudu besar air
1/2 sudu kecil garam
Cara-cara :
Satukan kelapa parut, gula, garam dan tepung, gaul rata. Masukkan telurdan air sedikit demi sedikit sambil di kacau rata.
Adunan tidak cair atau terlalu pekat, kelihatan parutan kelapa bila di adun.
Leser acuan baulu / cara dengan minyak. Kemudian panaskan di dalam oven hingga minyak betul-betul panas.
Keluarkan acuan, masukkan adunan hingga penuh. Bakar selama 20 - 30 minit di dalam oven pada suhu 200C atau hingga permukaan kuih keperangan.
Selamat mencuba....dah cuba nnt janga lupa buat n3 tau...
Tengok resepi mcm sedap je tu.. THANKS MUMMY! Ingatkan tadi kuih dangai.. klu dangai tak de telur kan?.
DeleteNt free2 nak cuba la resepi Mummy ni... thanks again.
betul tu kuih dangai tak guna telor....
ReplyDeleteNi yg tak sabar nk buat ni...sbb tak pernah mkn lg. Kalau dangai selalu gak la.. tq Mummy.
Delete