Oleh kerana
ramai tertanya2... apakah kisah HANTU MAWAR PUTIH yg I maksudkan dlm entry yg lepas, maka di malam nan hening ini I tolong copy pastekan untuk anda yg tertanya2.. AMARAN : Sila membacanya ketika tiada orang dan ketika malam Jumaat Keliwon untuk mendapatkan feel yg sebenar2nya...
HANTU MAWAR PUTIH PUNCA PELAJAR HESTERIA..
Sapa pernah hesteria masa kat sekolah???.
Dulu2 I pernah merancang nak buat2 hesteria kat sekolah (saja nak test2 bakat berlakon... hehe)....Mana taknya tensennnnnn sgt masa tu, duduk asrama lagi.. biasa la kan...eee menci la, tak nak ingat lagi!. "Selamat tinggal masa silamku....:D". Tapi yg bagusnya... sekolah I mendisiplinkan pelajar dgn pengunaan sistem point (sapa hesteria tolak 10 point)... jadi selemah2 mana pun semangat kita menghadapi masalah keduniaan masa tu, memang paksa2kan diri menjadi kuat supaya tak TERhersteria. Tapi kalau dah diserang "Mawar Putih" mcm kes sekolah kat Baling ni, maunya kita tak hesteria kan?. Lagi2 kalau fikiran tgh rungsing, tensen, maka senang la benda2 misteri tu merasuk utk menyusahkan dan menyesatkan manusia. Maka, marilah kita bekalkan anak2 kita dgn doa2 pendinding.. (sila google search di blog ini) selebihnya berserah pd Allah utk menjaga mereka walau di mana pun mereka berada...
BALING
– Beberapa orang pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Abu Bakar,
Kupang di sini mendakwa mereka ternampak kelibat seorang wanita berwajah
hodoh setiap kali berlaku kes histeria.
Pada tahun ini sahaja sekolah itu telah mengalami lima kejadian
histeria. Antara saksi kelibat wanita yang mendakwa dirinya bernama Mawar Putih itu ialah pelajar tingkatan dua yang hanya mahu dikenali Intan Kasim.
Menurut Intan, makhluk itu mempunyai susuk tubuh seperti wanita dewasa,
memiliki raut wajah cantik di bahagian kanan tetapi hodoh pada sebelah
kiri selain sekuntum bunga mawar terselit di telinga kanannya.
Katanya, bahagian wajah yang hodoh itu ditutup dengan kain
selendang yang dipakainya. Intan mendakwa makhluk itu bercakap
menggunakan bahasa istana.
Anak sulung daripada lima beradik itu mendakwa dia terserempak dengan
kelibat makhluk itu di sekitar kawasan tandas sekolah sejak beberapa
minggu lalu.
“Selepas melihat dia, badan saya tiba-tiba jadi lemah dan pengsan."
So macam mana nak mengelak dari kejadian itu ya? Mungkin setiap kali keluar masuk hostel or biik kuliah or dlm perjalanan banyakkan membaca ayat2 suci AlQuran, zikir , berdoa dsb. Mungkin andai bertembung dgn kelibat mahkluk itu para pelajar tetap gagah tanpa kerasukan. Akhirnya Mawar Putih malu sendiri dan melarikan diri ke hutan rimba belantara entah di mana2.
ReplyDeleteMAMAWANA - Semua itu bergantung pd semangat pelajar itu sendiri sebenarnya, mereka perlu lebih kuat selain pihak sekolah sendiri perlu memanggil org2 yg pandai ( ahli perubatan islam misalnya) utk "mengusir" makhluk tersebut dr terus mengganggu.
Delete