Saturday, April 21, 2012

Pukul 3 pagi... kenapa tak tido lagi?

Sudah sampai waktunya my little hero kena belajar bangun sendiri...



Nah!  Terimalah jam hijau pucuk pisang ini wahai anakandaku Shashal.... dengan iringan doa moga anakanda menjadi anak yg soleh, menepati masa dan berdispilin. (Tengok... abah pilihkan kaler kesukaan Shashal - green).

So far si kakak, (Qistina) dah pandai bangun sendiri .. cuma satu pe'el dia yg I tak suka ialah sesuka main "padam" alarm pastu sambung tido,  sudahnya mamanya jugak yg melaung2 memecah kesunyian pagi dari celahan dapur sambil kekalutan menyediakan sarapan.

TIP BANGUN TIDO TANPA JAM LOCENG..

Baiklah...Soalan "teka teki" kita pada hari ni adik2... Katalah pada suatu hari kita terlupa bawa jam loceng mahupun handphone... bagaimana agaknya nak bangun pagi?.



Orang2 tua ada berpesan, memula sebelum tido.. niatkan dlm hati utk bangun awal dgn niat utk solat subuh, insyaallah keesokannya tak semena2 kita terjaga dgn sendirinya.  I tak pernah mencuba petua ni sbb memang selalu perlukan khidmat hand phone walau di mana daku beradu dan berada.

Tapi ada ketikanya datang angin was2, I pernah tak percayakan alarm hp mahupun jam loceng hingga membuat I berjaga hingga ke subuh, paling teruk pernah I buat ialah sepanjang Ain menjalani  UPSR yg lepas, sebab takut terlajak bangun, maka lepas maghrib I tido, pukul 12 mlm I terjaga.. hingga la ke subuh. Oh sungguh menyeksakan. (Jika anda nampak eye bag di mata saya kian bertambah, itulah antara punca2nya... nanti nak claim lotion clarins dari Ain.. ;) )

Dulu kan, kat rumah my MIL ada sekor kucing ni suka melengset2 kat badan bila menjelangnya subuh... sungguh bijak kan kucing itu adik2?. So, bagi anda yg ada kucing di rumah.. sila la latih kucing itu utk berbuat demikian...(maaf yg ni I takde tip, I tak arif dlm bahasa binatang :D).

OK la adik-adik... itu je yg Makcik Mirror nak tulis untuk pagi ini... hingga bertemu lagi dlm rancangan Tom Tom Bak!


4 comments:

  1. hehe..bab kucing geli hati baca..pintarnya kucing tu..(^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. SH- Tapi sayangnya... skrg kucing tu dah meninggal :'(..

      Delete
  2. heee Qistina (si kakak) tu sama pe'el mcm win la.bila alarm clock bunyi, bknnya saya cpt2 bgn..tapi cpt2 padam.nak smbg tido kjap lagi walau juz 5 min je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Win - klu padam pastu setkan semula alarm utk 5 minit lg ok la, klu dibiar terus padam.. tu yg bahaya.. karang tak terjaga terus plak... :D

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.