Sebelum baca... saya ingin minta kerjasama anda utk VOTE blog ini dgn klik di sini. T.kasih.
Assalamualaikum... hai!
Assalamualaikum... hai!
Dah makan hendaknya anda semua. So, tiada la rasa bersalah di hati Kak Mirror ni nak upload gambar2 makanan yg kami makan tengahari tadi di Restoran Rahmat, Pasir Gudang.
Lokasi makan-makan kali ini adalah pilihan Shashal.... sebaik masuk kereta je dia merengek..."Shashal teringin la nak makan kat Pasir Gudang Ma...". (sebenarnya I pun tak pasti apa yg diimagine'kan oleh Shashal, kanak2 7 tahun ini... bila menyebut perkataan PASIR GUDANG itu... adakah di Kompleks Pusat Bandar atau hotel atau di warung tepi jalan?. So, setelah tiada bantahan dari "ahli2" yg lain (especially Qistina)... kami pun menuju ke restoran yg telah beroperasi sejak 25 tahun yg lalu berlokasi di Kg Pasir Putih ini .
mengikut apa yg tertulis di atas resit : waktu perniagaan adalah dari pukul 11.00 pagi hingga 3.30 petang...
Bagai sedang menaiki feri pula bila berada di atas restoran ini...
Nampak sedap kan sambal petai ni? Tapi...Ni IRP je yg makan..
(Bukannya I eksen tak nak makan... of coz I suka, tapi kalau I makan jugak...
bermakna malam ni terpaksa la I jadi penunggu "rumah kecik"... tak tau
la kenapa jd mcm tu? Maybe dah terbiasa makan cheese la kot? Ahahaha.. terasa blonde pulak rambutku ini..
Sambal petai ni harga dia RM4.00..
Menu2 lain yang kami pilih hari ini ialah :
Ikan Siakap goreng (atau kelaziman mereka di sini memanggilnya sbg ikan bakar walaupun tidak dibakar) - RM28.00
Udang goreng - RM20.00
Acar timun - RM8.00
Nasi - RM4.00
Air 1 jug - RM6.50
rojak "lenggang perut" pun ada - you all tau kan apa itu "rojak lenggang perut"? Kalau tak tau, sila google search di blog ini, seingat I, I ada bagi resepi dia.. |
Sebagaimana yg pernah I tuliskan di dalam entry yg lepas2... restoran ini memberikan servis yg AMAT pantas! Hidangan akan sampai di meja anda tak sampai pun 5 minit. Sungguh efficient kan? Ok, pada sapa2 yg belum pernah ke sini... ini alamat dia ye..
NO:3 JALAN PANTAI, KAMPUNG PASIR PUTIH, PASIR GUDANG
...dan kalau anda rasa belog saya layak untuk kategori" FAVE MAKAN-MAKAN EXPERT 2012 ", jgn lupa undi blog ini bermula pada tarikh 23 Apr -13 May 2012 (undi setiap hari bermula tarikh itu dengan klik pada banner di bawah atau di side bar blog ini... thank you.:)
JANGAN RISAU...... UNDI ANDA ADALAH RAHSIA...;D
...dan kalau anda rasa belog saya layak untuk kategori" FAVE MAKAN-MAKAN EXPERT 2012 ", jgn lupa undi blog ini bermula pada tarikh 23 Apr -13 May 2012 (undi setiap hari bermula tarikh itu dengan klik pada banner di bawah atau di side bar blog ini... thank you.:)
Anyone can vote and you are allowed to vote once per day using the
button below or in my sidebar start from 23/4/2012 - 13/5/2012....
thank you!!
JANGAN RISAU...... UNDI ANDA ADALAH RAHSIA...;D
... atau$$$$$$$$$$$$$. |
Add caption |
wahh..sedapnya...sy tak tau sgt jalan2 kat jb ni...dari danga bay ke masai pun saya tgk google map
ReplyDeleteBawak je GPS..:D
Delete