Friday, May 11, 2012

Jarang orang tak happy di hari minggu... kecuali...




Assalamualaikum sidang penonton sekalian... haiiiiiii!!!!
Jumaat kembali lagi.  Bagaimanakah perasaan anda pada hari ini?.  Gembira pastinya kan?.  Amat jarang orang tak gembira di hari Jumaat yg mulia... ya la kannn.... esoknya kan pula cuti, mengapa harus bermuram durja?.  Jika bermuram durja jugak, nak kena siasat ni.. apakah punca2 kerosakan pada kelenjar2 kegembiraan anda hingga ianya tidak berfungsi... lol...


Adakah anda termasuk di dlm golongan yg menghadapi masalah spt di bawah :-

1).  Orang2 yg baru kawin, yg suspen kena balik rumah mentua di hujung minggu... :D.  Mak mentua pulak jenis cerewet.. wahahaha...rasakan kau!

2).  Gadis2 yg TERskandal ngan somi orang - sbb cik abangnya akan habiskan masa bersama keluarga, handset pun dimatikan tiap kali hujung minggu..

3).  Mereka  yg kena keja di hari minggu.

4).  Assignment/homework tengah banyak... sampai malam minggu pun blom tentu boleh settle. 

5).  Cik abang outstation di hujung minggu...(dan syaitan2 membisik2 yg buruk2 tentang itu).  --> jahat betul syaitan yg bernama DASIM itu!  Nyahkan dia dari hidupmu dgn memberi salam tiap kali masuk rumah.


Masalah2 keduniaan je semua tu kan....  Tapi memang, sbg hamba yg kerdil  kita ni  adakala mudah bersedih pd perkara2 yg bukan2, muka keluar sebijik jerawat pun dijadikan masalah hingga terfikir2 2 hari 2 mlm tak habis2.  

Jika dilihat, dan ingin Kak Mirror kongsikan di sini....  most of my friend mengamalkan solat malam (tahajud) untuk mengembalikan keriangannya (especially masalah2 rumahtangga).  Alhamdulillah nampaknya Allah mengembalikan kebahagiaan itu buat mereka semula.  Subhanallah.. amat indah janji Allah.

Justeru, Kak Mirror copy pastekan di sini apa yg telah ditulis oleh Ustazah Bahyah tentang Fadilat2 Solat Tahajud utk inspirasi kita bersama ...



 
LIMA KEISTIMEWAAN DI DUNIA:


1.Jauh daripada segala penyakit.
2.Lahir kesan taqwa pada wajahnya (ada nur di wajah).
3.Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia.
4.Percakapannya mengandungi hikmah.
5.Dikurniakan kekuatan, diberi rezeki dlm agama (halal lagi berkat).





EMPAT KEISTIMEWAAN DI AKHIRAT.


1.Dibangkitkan dari kubur dgn wajah berseri-serii.
2.Dipermudahkan hisab.
3.Cepat melalui titian sirat spt kilat.
4.Mendapat buku amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.





SAYA RASA DISAYANGI....


Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi untuk mengundi..
Undian hingga 13 Mei 2012

Klik pada button di atas, tekan VOTE
login melalui FB/Twitter
kembali ke link itu semula 
Tekan vote sekali lagi..
akan keluar satu "pop out" yg tertulis "are u sure u want to vote for
this entry?"... tekan VOTE lagi.. 
Butang Kuning Vote tadi akan bertukar menjadi KELABU (VOTED)


Thanks kpd yg telah mengundi blog ini ;).... saya rasa disayangi...:)

6 comments:

  1. MM..nervous pulak Linda mak mertua dan ipar duai akan sampai malam ni ke rumah..kahkahkah.... dah semingu kemas umah tak habis2 lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha...
      Relax la Linda.. jgn nervous2... you kan superwoman, pandai tanam bunga, pandai masak lagi!. InsyaAllah.. mesti segalanya akan berjalan dgn baik. Mesti yr MIL sgt berbangga ada menantu mcm you.

      Delete
  2. nasib baik i happy hari ni sampai ter bakar kek coklat pagi pagi buta... heheheh
    Thanks for sharing and info MM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eny - sama2..

      Sedapnya kek coklat...
      MM pulak tak tau la bila nak TERbakar kek lagi.

      Delete
  3. hari minggu saya sunyi sebab takdop membe ajak kuar..huhu

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.