Wednesday, June 27, 2012

Kita buat Puding Pisang Karamel Arini....

Sejak memetik hasil tani belakang rumah  minggu lepas, balik2 I buat goreng pisang sampai bosan dah ... last2 semalam menebeng kat blog Kak Zana terjumpa resepi Puding Pisang Karamel ni... Thanks Kak Zana!!
Lunch hari ni.... plus kejap lagi nak mengerjakan encik embek, tak decide lagi nak buat apa..
  


AKIBAT DERHAKA!!

Inikah sebagaimana yg dikatakan oleh Bill Gates " I'll always choose a lazy person to do a difficult job because he will find an easy way to do it..".  LOL...


Punya la lama tak buat keramel sampai terlupa pantang larang meng'kramel. Kan Mak Guru dah pesan.."Elakkan dari adunan telur berbuih2, kacau dgn gaya perlahan"... ... yg I pegi blend sekali telur tu dgn pisang dgn susu + gula mcm orang buat kek oren blended je gayanya...(konon2 nak short cut le tuh)....then hasilnya, permukaan tak smooth walau adunan dah bertapis.   Moral of the story... nak derhaka resepi pun agak2 la ye Kak Mirror..


Tapi pedulik la kan.... janji sedap!

ok la... not bad la... bila baru keluar dari peti ais.. ianya lagi sedap..



(Resepi credit kepada Kak Zana a.k.a Kak PB)

Puding Pisang Caramel

Untuk karamel
100 gm gula pasir
50 ml air

Bahan puding
3 biji telur
1/4 st garam
100 gm pisang (dalam 3 biji yang sederhana besar) - kakpb guna pisang berangan beliau kata tapi Kak Mirror guna pisang lilin, tak berapa sesuai... lain kali you all dengar la pendapat Kak PB a.k.a Kak Zana tu ye... mana tau lebih sedap...
200 ml susu cair
1/2 sudu makan brown sugar
1/2 st serbuk kulit kayu  manis (tak letak).... Kak Mirror pun malas nak letak sbb tak suka...
1 sudu makan tepung maizena (kak pb guna tepung jagung biasa, sama la Kak Mirror pun..)

Nota :
**Oh ya... I bubuh sedikit esen vanilla ke dlm adunan telur walau tidak disebut di dlm resepi..
** Pisang yg sesuai I rasa ialah pisang yg manis2 dan  benyek sedikit. I gunakan pisang lilin adalah satu kesilapan sbb rasa dia agak kelat2 sikit mungkin belum cukup benyek... tapi masih dlm kategori sedap.

Cara membuatnya:
Hanguskan gula pasir dalam bekas loyang, masukkan air.
Blender pisang dan susu cair, tapiskan.
Bancuh telor, garam, gula putih, gula perang dan tepung jagung.
Masukkan kedalam adunan pisang dan susu yang di blender tadi.
Tuangkan atas karamel tadi.
Letakkan loyang dalam bekas yang di isi sedikit air.
Bakar selama 30 minit, suhu 160C.
Simpan dalam peti ais selama beberapa jam, baru sedap dimakan.  

6 comments:

  1. Aduhhh memang fav caramel ni. Sedapnya....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap Mooni makan time cuaca panazz!!

      Delete
  2. cam sedap je kan letak pisang lam tu, nak cuba gak nnt (klu dtg mud rajin) hihi

    ReplyDelete
  3. pergh..puding karamel yang dirindui sejak kelmarin, nak cari resepi asik lupa je. heheh. wes ngences iki :p~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesak ke.. kok sampek ngences. Ono meneh iki loh lek kuey arep.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...