Sudah satu hakikat yang lelaki Melayu tak romantik, nak wat cemana kann....
Tapi kalau ada niat untuk mengubah kelaziman, apa salahnya kan...... untung2 isteri makin sayang.
Ok...ok, ni Kak Mirror senaraikan pendapat2 bernas untuk anda menjadi romantik.....
1). Pagi-pagi bangun lebih awal, pegi pada kereta isteri yg berembun..... dan goreskan perkataan "I love you Sammm.....(kalau nama dia Sam la). Nanti bila dia nak start keta tu, mesti suprise dan hatinya berbunga2.. Kalau nak tambah lagi bunga dalam hatinya, bubuh la pula sekuntum bunga segar pada wiper...kekeke. Mesti akan bertaman2 lagi hatinya...sampai petang tersengih2.
2). Buatkan satu blog untuknya dan curahkan rasa cinta anda di situ... nanti time dia merajuk, persembahkan la blog itu utk dia baca sampai menangis. Sanggup tak?. Orang bercinta je Kak Mirror selalu nampak, orang dah kawin nak wat mcm tu, kena privacykan blog la kann.. tak kan you nak war2kan segala masalah dalaman di khalayak ramai plak kan.... tak manis plak.... dan berdosa pula....(dan paling tak bestnya kalau2 dibaca dek exgipren.... tak seronok ).
anak-anak I arini gi sekolah pakai baju raya... |
3). Beli sepohon pokok (tak kira la rambutan ke, durian ke, bunga ke)... namakan pokok itu... katalah POHON CINTA KITA ... pastu katakan pada wife..."Pohon ini akan membesar seiring dengan besarnya cintaku kepadamu.. maka sirami dan bajailah ia agar akan terus segar sampai bila-bila"... atau pepandai la korang mengarang ayat... :D. (tak dpt Kak Mirror bayangkan kalau kau mati dan dia melihat pokok itu.... sedihnyaaa waaaa!!!!).
4). Berilah panggilan2 manja untuk isterimu. Tetiba Kak Mirror teringat my late dad, di hujung2 usianya... beliau tak lagi memanggil ibuku dengan nama jawanya sebaliknya... "darling", "Anje" (anje ni pasal terpengaruh ngan drama Pi Mai Pi Mai Tang Tu rasa2nya... hehe... tapi I yg dengar masa tu mmg suka gelak2 tapi arwah ayah tak kisah....). Alhamdulillah nampaknya hingga kini bondaku masih lagi setia terhadap suaminya walau telah 9 tahun ayahandaku pergi. Harus dicuba ye tip2 ini tuan2.. Rasullullah S.A.W sendiri memanggil isterinya umairah yg bermaksud pipi yg kemerah-merahan. IRP kalau nak panggil I tak tau la nak panggil apa...jgn "aswat" dah la...
5). Hadiahkan lagu untuknya di hari jadi (menyumbang suara), honeymoon berdua ke overseas.. Memang sesuatu yg boleh kita praktikkan untuk menambahbaikan hubungan. Itulah antara bentuk2 keromantikan yg my FIL applykan.... dan nampaknya rumahtangga my in law itu sgt bahagia hingga kini. Alhamdulillah...
Untuk jadi romantik sebenarnya tak perlukan belanja yg besar, cukup sekadar memegang tangan isteri ketika di jalanan pun dah menambah debar di dada isteri.... cewah2.. (yg blom kawin jgn ngengada, ni tip utk married man saja ye).
Motif entry : Baru selesai membaca sebuah novel, seorang suami ingin mengurat isterinya semula, pelbagai buku dia dah baca untuk menawan isterinya kembali termasuklah bagaimana utk jadi romantik.. tapi isterinya masih lagi melayan rajuknya. So, Kak Mirror tolong tambah2kan la ni...:D
P/s :. Romantik tak pe.. jangan frantic.
pandai nye akak menokok tambah..hehe..asben kita xromantik, tp xpela kita dh dpt trima kkrgan dia kt situ :D
ReplyDeleteMila - org kata, kalau lelaki romantik sgt pun payah.... ramai plak yg jatuh cinta.. (sekadar nak sedapkan ati sbb my hubby pun tak romantik..hehe).
Deletebalik keje nnti, nk suh suami baca blog kak mirror lah hehehe
ReplyDeleteHa biar dia baca Bazi... hehehe..
Deleteselalu hantar pegi n lik keje, x romantik lagi ke? hihhii~
ReplyDeleteSah! Dah cukup romantik dah tu... hehe..
DeleteAgak2, kalau letak sepasu bunga atas bumbung kete isteri, romantik tak?
ReplyDeletehehehehhe
Hahaha.... ada2 je.
DeleteSebarang kecelakaan yg mungkin berlaku atas tanggungjawab sendiri ye. :D