Kalau tak kerana bunyi bising di luar takde mananya aku nak bangun pukul 5 pagi begini, paling awal pun pukul 6 sebagaimana selalu. Rupanya "jiran sepenanak nasi" tengah bergaduh... mungkin dengan suaminya kot?. Ah biarkan je la diorang nak gaduh.... sejak bila pulak aku jadi busy body dgn hal orang, apatah lagi jiran sepenanak nasi plak tu, lain la jiran sebelah rumah kan... (sepenanak nasi maksudnya jauhnya rumah jiran tersebut sekira2 nasi yg kita masak menjadi tanak ya adik2). Bayangkan sejauh itu pun aku bleh dengar... betapalah kuatnya jeritan "makcik" itu!!!
update : eh silap la aku rasa... bukan jiran sepenanak nasi, "jiran sepelaung" yg paling tepat sekali sbb kalau aku masak nasi kat rumah aku dan aku gi rumah dia, nasi tu masih kerteh lagi aku rasa, unless aku masak dlm pressure cooker atau guna api yg menjulang2 maraknya...:D

1). Of coz yg pertama sekali ialah JANGAN BERGADUH langsung, :D... Gerenti jiran tak dengar kita bergaduh dlm ati.
2). Sebelum gaduh, gi bilik air ambik wudhu. Kemarahan adalah berpunca dari syaitan.
3). Bila rasa nak gaduh je cepat2 tutup semua tingkap, langsir, syiling, lubang angin :D... Kasi sound proof semua sekali.
4). Pasang radio kuat2.... :D
5). Gaduh dlm tepon je lain kali ataupun pekata kau antar email kat dia ataupun buat surat cinta panjang2 masuk dlm poket seluar dia yg tergantung.
Ok la... azan subuh pun dah berkumandang, makcik ah soo tu pun dah berhenti bergaduh, mungkin syaitan2 tu lari bertempiaran dengar suara azan gamaknya.. Wahai setan... jgn la kau kacau jiran aku lagi... Aku menci ngan kau! Laknatullah!
p/s : sebut nasi... nasi.. dah lapar plak perut aku, jap lagi nak masak nasi lemak yg Qistina request.
p/s : sebut nasi... nasi.. dah lapar plak perut aku, jap lagi nak masak nasi lemak yg Qistina request.
biasala da idup berjiran...wpun takmo masuk campur tapi bila da dgr depa dok gaduh...tetiba terdetik jugak nak tau nape kan...hehehe
ReplyDeleteHa'a.. tu la kan.
Delete