Friday, October 5, 2012

Tanda-tanda keberkatan rezeki

Wahai Sam... inilah tazkirah Jumaat utk kali ini... tanda-tanda keberkatan rezeki sebagaimana sabda baginda Rasulullah S.A.W

 “Makanan untuk seorang mencukupi untuk dua orang dan makanan untuk dua orang mencukupi untuk empat orang dan makanan untuk empat orang mencukupi untuk lapan orang.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).  

Ko masak berapa pot sehari?.  Cukup tak Sam?.   Ke asyik laparrrrr je manjang?




Tanda-tandanya juga ialah....
SENTIASA BERASA CUKUP..
 " Rezeki yang berkat menjadikan seseorang itu sentiasa berasa
cukup dan tenang walaupun bukan hidup dalam kemewahan."

Ya, ketenangan itu anugerah terbesar dari Allah dalam suasana hidup di akhir zaman begini.  Mengatasi segala wang ringgit.






Ok sidang Jumaat sekalian, mari kita bincangkan bagaimana untuk menjadikan rezeki kita menjadi lebih berkat dan sentiasa cukup.   Tak kira la rezeki kita sendiri mahupun rezeki dari hubby.   Semalam  Mummy Gee ada bagi tip untuk menghilangkan minat terbeli baju mahal2... caranya kena rajin tengok kain kapan..  Good idea tu...  Terima kasih.   Mana nak carik kain kapan ye... cadar putih byk la kat rumah ni.

Ok la...Pendek je entry I kali ni, sebab semalam I buat entry panjang2 pun ada orang tu sampai baca dua kali .....sebab tak paham dia kata.. :'(










22 comments:

  1. bagus ni...ha, jadi esok lusa hari minggu kena beringat2 bila keluar jln2 tu...

    ReplyDelete
  2. tgk kain kapan..bagus kan..mmg ingat mati, nafsu dunia pasti mati sam ..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sungguh benar Pn Susumanis.. terbantut niat nak nyoping bila teringat kain kapan.

      Delete
  3. Sentiasa bersyukur..walaupon dapat sesuap nasi..jangan merungut jer.
    Nak tgk kain kapan..Seriau la hehhehe.
    JS bayangkan cara Rasullah berpakaian sudah la...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann JS Kan...
      Bila bersyukur Allah tambahkan lagi nikmat.

      Delete
  4. huhu...akak wat saya insaf... :P
    sntiasa sedekah pun leh wat rezeki kita lebih berkat kan akak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya... sgt benar katamu itu Shinji. Sedekah, tunaikan solat.. rezeki kita akan jadi berkat.

      Delete
  5. satu set kain kafan spt di blog ini

    http://pusatprodukkesihatan.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah!. Apa tu Mama?. Jual kain kapan on line ke?. Ok nanti kita terjah. Thanks..

      Delete
  6. Kalau bimbang apa yg dimasak tak cukup kakak ada petua, masa senduk makanan tu baca suroh Quraisy (Li ila fi quraisy, ila fihim... hingga akhir) insya-allah cukuplah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh I see... ilmu baru utk saya, terima kasih Kak, elok diamalkan ni jika nak buat kenduri kendara.

      Delete
  7. kalau tengok lauk atas tu mau 8 pinggan cik yong tambah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. ya ke Cik Yong?. Sebab ada ikan bilis bwng tu kannn?. Saya punn....

      Delete
  8. keikhlasan dan kongsi rezeki yang ada bersama2, insya allah rezeki kita pasti akan melimpah ruah....

    salam singgah & follow.....

    ReplyDelete
  9. rezeki yang berkat.. sikit cukup.. banyak tak membazir..

    ReplyDelete
  10. Replies
    1. JS - arini weekend...cuti, maka blog pun dicutikan.. haha..

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.