Tuesday, December 11, 2012

Cool beb!

Nak ucapkan terima kasih kpd yg bersusah payah menjawab "soalan busy body"  Kak Mirror selama ni...



Soalan pertama...
Saya menemui blog ini melalui?

81% kata dari google - ya, itu Kak Mirror percaya.   Memang dah banyak dah Kak Mirror terhutang budi pada Pak Google niii.   Lebiuuu Pakkk... kerana melayan ke"merepek"kanku selama ni.   Nanti Kak Mirror belanja jubah... Kak Mirror ada jual jubah cantik2 tau!.   Lain kali Kak Mirror upload ye..

9% kata dari twitter, 0% dari FB  -  Wah!  Tak sangka walau agak musykil... dan yang paling Kak Mirror curious nak tau ialah yg 9% lagi tu... "Dah tentu Kak Mirror kan kawan lama saya".   Ha, siapa2kah kalian?. Seronoknyaa... Muncul2kan la diri untuk ku kenal pasti.




Soalan kedua ...
Saya suka berblog sebab...

58% kata sebab nak berkongsi ilmu... ha elok la tu puan2..  Mcm2 ilmu boleh kita kongsikan, moga pahala berkesinambungan hingga ke liang lahad.  Tapi kan... itu ari Kak Mirror agak terkilan sebab ada beberapa Puan Anon meluahkan rasa tak puas hati  pada Kak Mirror sebab Kak Mirror dah membongkarkan satu resepi.   Maaflah.   Jgn la mcm tu Darling... sebenarnya blog I mmg macam ni sedari dulu dan azalinya, apa saja resepi terkini akan  I share'kan (ada sesetengahnya yg I dah cuba, ada yg belum...ada yg I reka2 tapi menjadi.. pun I sharekan.. dan ada juga yg I gali dari penjual2 kuih  secara "paksarela").  

Pelik juga I, sebelum ni ada juga I kongsikan resepi  macaroon, apam dot dan apa2 jua kuih terkini tapi takde pulak yg membuat luahan tak puas hati... tiba tang kuih yg satu lagi ni... dah jadi kontroversi pulak.  Penat I melayan  email...  Anyway, ingin I tegaskan di sini... nak hasil yg meletop mmg kena pegi kelas puan2 ... pasti banyak lagi yg diorang akan ajar, tip2 mengadun dsbnya.  So, jgn kerana resepi itu, I pula disalahkan sbg penyekat rezeki guru masakan.   Sama sekali tidak..  sebab ianya hanya sekadar tulisan, jadi atau tak jadik  semua bergantung kpd kepakaran seseorang.  Aduh... fobia I nak share resepi kalau mcm gini gaya, baru nak kongsikan resepi mee rebus si Leha yg meletop...terpaksa la tangguhkan, nanti kena serang tokey mee pulak.  Hihihi..






8 comments:

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.