Monday, December 24, 2012

Jgn menolak bila Mak Mentua bawakkan bekal...(tajuk apakah ini?) :D


Hai... apa khabar?.    Dah makan?.  Mujurlah semalam ibu mertuaku membekalkan nasi bariyani.... pagi ni I just tambahkan 2 pot beras ke dalam rice cooker, lepas tu I telangkupkan nasi bariyani yg dlm bekas  tu ke dalamnya, tambahkan sedikit air, tekan suiz, tinggal, siap!!!.   Maka ia pun jadi muai untuk santapan sekeluarga (2 pot beras + 1 bekas nasi bariyani yg dah siap masak).... begitulah ceritanya.. kisah kemalasan anak menantu di pagi2 Isnin ini.  



Tentang lauknya pula... tak usah risau, MIL ada  membekalkan 1 container lauk bariyani, lepas tu I dah cairkan satu papan kambing mentah... kalau dah cair nanti... I just basuh embek2 tu semua dan campakkan  je ke dalam lauk bariyani tadi.. lepas tu tenggekkan atas api.  Siap untuk dimakan.  Agak2 tawar sbb dah berlaku penambahan jumlah binatang ke dalamnya, kita tambah2lah dgn garam dan gula.  Betapalah mudahnya...

Sepatutnya lauk pauk bekalan dari MIL  tu untuk dinner kami malam tadi (ya la.. niat org tua untuk meringankan beban kita yg baru balik dari kg, penat kat tengah jalan... pastu balik nak kena masak pulak).... tapi malam tadi...  kitorang singgah beli brg dapur kat JJ... sampai sana dah lapar pulak... maka singgah la dekat Manhattan.


Sebahagian yg kita makan dekat Manhattan itu!.    (untuk detailnya nanti insyaallah lain kali kita cerita... itu pun kalau ada yg request, klu takde... KIV pix2 tu utk taun depan).


Begitulah kisahnya kalau MIL bawakkan  kami bekal.. ada masa2nya kitorang habiskan kat tgh jalan (Sedap!.  Nak2 kalau time hujan.  Mana tak sedap ....sbb tangan Mama yg suap diorang tu... kan Ain?).   Moral of the story.... nak jenjalan kena bawak benda2 ini :

1).  Sudu garfu.
2).  Wet tissue
3).  Plastik sampah

Pls take note!






10 comments:

  1. sedap..kecur air liur tau baca entry kak mirror n

    ReplyDelete
  2. Sam,

    Untung beb mak mentua pandai memasak & bawakkan bekal ;-)..
    sedapnya manhattan tu!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la kan Yong... jap lg I nak sujud syukur sbb terlalu beruntung.. hahaha..

      Manhattan yg paling sedap, fish n chip dia pd I..

      Delete
  3. Syoknya mak mertua dia bekalkan nasi beriyani...sudu n garfu tu mmg kena selalu bawa klaau ada anak, tetiba nak makan payah tul nak berhenti mana2 nk cuci tgn...

    ReplyDelete
    Replies
    1. I selalu lupa bawak sudu garfu. Tp dah buat entry ni, harap2 lain kali tak akan lupa lg. ;)

      Delete
  4. haruslah sentiasa ada set sudu garfu dalam kereta. saya siap bawak pinggan dan cawan berpenutup lagi, kalau tak diteguk aje bekal air kosong dari botol 2 liter. tak sopan sungguh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kena ada benda2 tu semua, baru la best berjalan2.

      Delete
  5. jangan kata tolak..siap bawak bekas kosong dari rumah utk kemudahan menapau..huahuahuaaa.

    ReplyDelete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.