Tuesday, February 5, 2013

Anak-anakku... Belajarlah untuk tabah dan redha





TIP-TIP MEREDAKAN KERINDUAN PADA ORANG YANG TELAH "PERGI"

Alhamdulillah... nampaknya si  Shashal pun dah mula redha atas kepergian datuknya..   Balik sekolah ptg tadi dia dah boleh ketawa mcm hari2 sebelumnya...

Melihat dia menangis beriya2 malam tadi sampai tutup2 pintu bilik membuat hati Mama dan abahnya bagai direnggut2..  

"Rindu Tok Aki.." dia kata... sambil menangis teresak2...

Masa kat kg dia ok.. mungkin sebab ramai "kawan", setibanya   di JB mlm semalam.. dia jadi sebak.   Mulanya dia tak  mengaku kenapa dia menangis.. ya la, nak tunjuk macho katakan... 

"tak la mana Shashal nangis.. cuma keluar air mata je".  Dia kata..


Sebelum tu dia ada bertanya pada IRP...

"Bah.. kalau kita baca Alfatihah byk2 utk Tok Aki, Tok Aki boleh hidup balik ke?".   Sedih pulak aku mendengarnya..

Aku tunjuk dia album2 gambar arwah, sangkakan akan reda la tangisannya... tapi makin menambah sebak hati dia pulak..

Anyway, bangun pagi aku nampak dia dah kembali tenang.

Ada satu ayat Quran itu ari SIL bagitau aku, elok amalkan kalau2 anak2 atau kita sendiri rindukan org2 yg dah "pergi"... tapi lupa plak aku ayat apa... nanti la in shaa Allah lain kali  aku update.

Kawan2 ada mencadangkan... bawa la ke kubur dan terangkan pada dia  yg atok aki dah pegi, atok aki dah tenang di sana... 




Menerima kunjungan dari Uncle Ameng, jiran sebelah..
tq Uncle..



p/s :  Jika ingin bercerita tentang "tabah", Qistina dilihat lebih tabah berbanding Shashal dan Ain..  Ain hingga kini masih lagi menangis tiap kali solat maghrib... sebab selalunya waktu maghriblah Arwah akan mengimamkan kami.

14 comments:

  1. semua rapat dengan atuk ye...
    mula mula ni mmg pyh la, tapi semoga makin byk hari nati, diorang kn lebih tenang n redha....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah... rapat, tu yg jadi mcm tu.

      Mudah2an mcm tu la Aisy.

      Delete
  2. Semua rapat2 denga tok aki ya kak..saya baca pon sebak..terus terbayang arwah ayah saya…lama betul nak hilangkan rasa sedih tu…..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Intan - memang rapat, sementelaah kami mmg ke mana2 pun bawa Tok Akinya bersama.

      Kesian Intan, sama la Kak Mirror pun... ambik masa 10 tahun utk hilangkan rasa sedih kehilangan arwah ayah.

      Delete
  3. rapat betul anak anak u dgn atuknya...mesti arwah seorang yg sgt mesra dan rajin melayan cucu cucu...moga mereka tabah selalu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mcm tu la nampaknya Doktor... biarpun tegas org tua tu, tapi bila dgn cucu mmg rajin melayan.

      Delete
  4. Rindu abah jugak :( sian faisal aritu tgk elok je gelak2 ape plak la cite imey dgn tasya yea

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah Days.... kat kg dia saja je nak tunjuk macho, konon tak nangis.. bukak je pintu rumah..... huaaaa..... mengalir air mata dia, sampai kunci2 bilik.

      Ya la kan, apa crita Imey ngan Tasya, Kak Zura pun tak update2 status lg.

      Delete
  5. Sam,

    Salam takziah,
    yang pasti kita semua akan laluinya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Yong...

      Ya la kan Yong, seram plak bila mengenang entah apa pulak nasib kita nanti.

      Delete
  6. Sedih pula baca psl anak MM. Kalau akk teringat arwah tok n bapa, tkde apa boleh buat sb mereka pergi tanpa meninggalkan apa2, cuma kenangan.
    Cuba ckp kat dia, genggam tangan kedada, bacakan fatihah kalau rindukan tok dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Zana... thanks atas pesanan tu..
      Mlm ni nampaknya dia dah ok.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.