Sunday, February 3, 2013

Hidup Harus Diteruskan...

Sorry...  lama juga kan aku tak berkunjung ke blog korang.
Emosi kurang stabil semenjak kepergian arwah bapa mertuaku..


Terima kasih Abah sebab telah sudi memilihku sebagai menantumu... dan bonda kepada asobahmu.... semoga kau tenang "di sana".  Al-fatihah.




Hampir 16 tahun Allah pinjamkan dirinya untuk ku panggil "Abah"..
Bukan tempoh yg singkat.....  Telah terlalu banyak kenangan tercipta..
Justeru usah disalahkan jika mengambil masa yg panjang  untuk meredakan esak tangis
yg saban waktu menyapa di hati..

Tak mampu aku nak kata apa lagi..
hanya pada anda  ingin kuberpesan...
"Hargailah mereka ketika mereka masih ada, sebab kehilangannya sama peritnya macam kita
kehilangan ayah sendiri..." 
percayalah kata2ku ini..


Bagaimanapun...
Yg pergi tetap pergi..
hidup harus diteruskan...
Buat "peminat2 entry makanan".....
tengok je la dulu sayur2an dan ikan2 yg I snap kat
Pasar Besar BP pagi semalam...
Lain kali la kita cerita pasal resepi ye..














10 comments:

  1. As salam,

    Hai Sam! Lama rasanya tak menjenguk ke sini... Takziah atas kehilangan bapa mertua... Saya takde bapa mertua sejak dr berkahwin lagi... Begitu juga suami, kedua2nya telah pulang ke rahmatullah sebelum kami berkahwin lagi... Mungkin dah 'rezeki' kami begitu... Maknanya anak2 kami mmg tak pernah kenal atuk kedua-dua belah keluarga... Betul, kita perlu hargai mereka yg ada disekeliling kita selagi masih ada... Setiap satunya mmg tiada galang ganti...

    Take care... Al-Fatihah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Marya..

      *Oh I see... Jd seharusnya sesiapa yg Allah ada meminjamkan ibu bapa mertua kpd mereka, harus bersyukur sbb telah diberi anugerah itu pada mereka kan.. tak semua org mendapat peluang itu.

      Thanks Marya.. maaf juga sbb saya pun dah lama tak berkunjung ke blog you.

      Delete
  2. Semoga semua ahli keluarga sam akan tabah dengan kehilangan ni... Kena banyak doakan arwah ... Bila dah lama bersama sama, mmg banyak kenangan yang ada..

    Segar betul ikan kat pasar tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Thanks Aisy...

      *Memang segar2 dan gebu ikan2 kat pasar semalam..

      Delete
  3. Salam kak mirror..selamat petang..salam takziah dari intan.. Al Fatihah

    ReplyDelete
  4. Innalillahiwainnailahirrojiun...

    Tabahlah MM and take care ye...Al-Fatihah

    ReplyDelete
  5. Salam takziah dari saya kak sam,...Al-fatihah buat arwah,..semoga Arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beruntung dan disayangiNya,..Aaamin



    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...