Nabi Allah Idris AS adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari Allah SWT berfirman yang maksudnya:
“Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman Allah yang bermaksud:
“Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57).
Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.”
Allah berfirman:
“Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu BANYAK BERZIKIR.”
Allah berfirman yang maksudnya: “Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)
Demikianlah amalan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah diucapkan.
p/s : renungan untuk diri sendiri..
Allah hu robbi... bila baca N3 ini terasa beruntungnya mereka yg bibir tak lekang dari bezikir..
ReplyDeleteKann??. Jom Kakzakie kita ketuk keyboard sambil
Deleteberzikir... لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
sangat berat timbangan pahalanya.