Kisah budak lemas dlm baldi kat rumah pengasuh tu memang dah buat I sentap pagi ni...Tapi I enggan mengulas kejadian tersebut dgn lebih panjang sebab I tak kenal pun orang tu, susah plak nanti nak mintak maaf kalau tersalah cakap.
Bagi para surirumah a.k.a Mem Besar, bila dengar berita2 mcm ni tentu la akan rasa "Ya Allah.... mujur la somiku suruh aku jadi surirumah, dapat lah memantau anak2 kat depan mata". Macam tu kan?. Betul tak?. Tapi kesian plak bagi mereka yg bertungkus lumus di luar sana.. career2 woman dsbnya.
Maka, marilah kita fikir2kan berita2 yg indah2 saja untuk mereka dan berikan cadangan2 dan petua2 dlm memilih pengasuh yg dijangka jujur lagi ikhlas menjaga budak.
No worries...Tak semua orang dlm dunia ni cuai, tak semua orang tak sayang budak.. Masih ramai lagi yg sidiq, amanah tabliq fatonah. I kan pernah jadi papadom sedikit masa dulu time Shashal nangis2 tak nak sekolah. Seharian la I bertunggu tangga kat nurseri tu, seminggu ada kot. Kelas Shashal di tingkat atas, tingkat bwh plak utk todler... Kdg I ngendap2 apa yg kakak2 tu buat kat baby2 tu... tengok mmg diorang sayang mcm jaga anak2 sendiri, pendek kata.. mmg I tak nampak la bebudak sampai nangis2 tak berjaga. Dipeluk dibelai lagi ada..
Itu kalau nurseri, bagaimana pula kalau orang perseorangan...
1). Kena pastikan suami pengasuh tu tidak berwajah "perogol bersiri". Begitu juga kaum kerabat yg ada dlm rumah tersebut. Cari yg berwajah soleh.
2). Pastikan rumah pengasuh bergrill especially bagi rumah2 flat atau kondo. Nak2 kalau anak2 kita jenis suka memanjat.
3). Kalau rajin, anda bawak la bekal sendiri dari rumah, kalau semua nak suruh pengasuh tu yg buat, kesibukan dia kelentang kelentung kat dapur, anak kita plak yg terabai.
4). Perlu ada hubungan dua hala yg baik, rajin bertanya khabar.. mcm mana you baik dgn best fren, mcm tu la sepatutnya you perlu berbaik dgn pengasuh... so, kena rajin calling2 tanya khabar dia dan anak kita. Sekali sekala hadiahkan la pengasuh tu benda2 yg dia suka.
5). Setakat sedikit kecuaian mcm terlupa nak mandikan atau anak tergigit nyamuk tu maafkan je la, janji dia bagi makan anak kita ikut jadual sudah.
Sebab tu, sayang mana pun I dgn budak kecik... I takut nak jaga anak orang... sebab ia melibatkan komitment yg tinggi, melibatkan nyawa.
hishh...kalu salah pilih pengasuh mmg mcm2 perkara tak ingini boleh berlaku kan...
ReplyDeleteanak2 saya biras saya yang jaga..tak la takut sangat....
Mujurlah..
Deletekak sam jadi papaDom? mengintip anak atau mengintai pengasuh ni? hehe
ReplyDeletetapi kan kak sam, orang sekarang ni muka cam alim pun silap2 perogol bersiri juga. uuu
Wani -
Delete* kedua2nya Kak Sam intip....hahahaha...
*takut dengar yg tu.. kena buat siasatan lebih terperinci la jwbnya.