Friday, April 26, 2013

Entry Untuk Makcik Kantin


Ada "Hari Hijau" kat sekolah Qistina & Shashal 
hari ni... abah mereka belikan 2 pasu pokok yg comel2 ni
untuk diorang bawa ke sekolah.. 






nasi lemak untuk bekal mereka ke sekolah sebagaimana yg direquest oleh mereka..
(sejak trend bawak bekal ni, mereka dah tak perlu kelam kabut mcm sebelumnya, sebab kalau tak sempat sarapan kat rumah pun at least boleh mkn dlm perjalanan)
pepagi buta I masak ditemani hujan yg dingin mencengkam
terasa bagai ingin menarik selimut je rasanya..



Semalam terbaca kisah budak (kat FB) yg enggan lunch kat sekolah 
sbb ayah cuma berikan 50 sen, ironinya budak tu rasa 
segan  nak lunch sbb penat2 beratur yg dpt dari nilai 50 sen tersebut
hanyalah sekeping nugget...  kesian kan?.  Ya la zmn skrg ni
mana ada yg murah mcm zaman2 kita.. dgn 5sen je masa 
tu dah dpt mee siam sebungkus.   Anyway tak boleh  nak salahkan makcik
kantin sebab dia meniaga, tak kan nak rugi pulak.

Tapi kan....  I macam nak respek la dgn makcik kantin kat sekolah
anak I ni you all, sebab aritu Qistina bagitau... semangkuk mee hoon 
tomyam hanyalah RM1.   Kat mana beliau untung pun tak tau la.
Mungkin  meniaga sambil2 nak 
tolong orang je kot... agaknya la..   I speku camtu la.
Moga Allah merahmatimu Makcik kantin...


Hidup di tengah kotaraya yg mencabar ini.. memang banyak duit diperlukan
untuk persekolahan anak2.   Apatah lagi mereka yg beranak ramai.  
Pastinya agak memeritkan. Mendengar kisah rentetan perjalanan teman2 si 
anak memang adakalanya menginsafkan.

Jadi kpd makcik2 kantin di luar sana, Puan Mirror cadangkan..
apa kata anda jual  mee gondol je.. budget mee gondol mungkin kurang sikit kot
kalau nak dibanding dgn mee siam biasa.  

Bila teringat Mee Gondol, teringat I pada kakak I, Ustazah S.A.  Hahaha (gelak kejap 
sbb teringat kenangan manis itu).
Mee Gondol ialah mee hoon yg kurang cili, kurang ikan bilis, takde tauge, takde tauhu.. 
binatang2 semua memang takde...gondol je... tapi sedap (tapi kalau kakak I yg masak la).


SELAMAT MENCUBA YE MAKCIK KANTIN... kot la dpt membantu bebudak susah di luar sana
dpd mereka kelaparan..























4 comments:

  1. Sam,

    zaman kita dulu memang glamer mee gondol, mee yang kekdg terjumpa pokok sawi n ikan bilis tumbuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira ok lg klu jumpa sawi... kita buat, gondol terus Yong (almaklum duduk rumah sewa zmn2 sekolah masa tu.... budget2). :D

      Delete
  2. Betul tu MM, zaman sekarang ni 50 sen apalah yg dpt....
    kat sekolah anak Okje, makcik kantin tu jual macam macam jugak....bukan kerajaan ada bagi subsidi ke?
    Apapun rajin memasak ye pepagi awak ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. OKje ~ Tak la rajin sgt tapi anak2 suka makan yg mama dia masak.. layankan je la....hehe... padahal kat sekolah mereka dah provide makanan yg sedap2.

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...