Monday, April 8, 2013

Nak putih macam mana lagi pun tak tau la tu...

Siapa yg masih lagi memilikki 32 batang gigi yg sempurna dan lengkap pada usia2 sekarang?.   Cuba angkat tangan.  Ooo bagus... bagus... bagus.      

Tapi kan.... I tabik spring la kalau sekiranya orang2 kg yg hidup susah, makcik2 yg pernah muda di era 70an yg menjalani hidup dgn 1000 kepayahan, nak beli ubat gigi pun pecah2 tabung.. mandi pun mandi parit... tapi gigi mereka masih memancar2 hingga kini.   Nak kata mereka  rajin gi jumpa doktor gigi, mcm tak percaya plak aku...(Ceh... mcm la I mengendap mereka 24 jam).     Jadi apa rahsia mereka sebenarnya, mari kita buat serangan hendap...

Oooo yes2.... baru I teringat.   Mereka ketika tu pakai arang, segelintirnya pula memberus gigi menggunakan kayu sugi.  





Masih lg I teringat2 kisah si Iman, supermodel yg I terbaca kat reader digest 15 taun dulu... keperitan hidup beliau masa kecil membuatkan dia terpaksa menjaga gigi hanya dgn satu serbuk apa tah dia cakap, lupa plak.  Maksudnya dgn cara tradisional org2 kulit itam, hingga akhirnya beliau membesar menjadi wanita yg sempurna dan melayakkannya menjadi supermodel.     Satu lg teladan yg I nak kupas pasal Iman (Iman apa nama penuh dia ni?.  Haii blurr plak aku tetiba.. tapi tetap nak cerita jugak sebab byk teladan dari kisah kepayahan dia ni)... ialah beliau mula belajar "speaking" pun kira dah lambat tapi akhirnya fasih..   Begitulah ceritanya.



Pendek kata, penjagaan kesihatan dan kecantikan tidak mengenal status.   Hendak seribu daya.

p/s :  Pernah jugak I terpikir, skincare apa yg diguna oleh Puteri Gunung Ledang hingga  kejelitaannya menjadi igauan Sultan Melaka.   Bayangkan la.... duduk atas gunung..



Shashal hari ni meregek2 minta tukar ke jenama Safi semata2 terpengaruh dgn iklan TV.. dia kata...

"Pakai jenama *********  tu, gigi saya tak putih2 la Abah, nak tukar yg ni, dia kata nanti jadi putih".    Bercakap dgn penuh confident sambil menunjukkan giginya..


Hmmmmm..... nak putih mcm mana lagi tak tau la tu....nanti nampak iklan lain yg lebih gempak sikit, mesti dia mintak tukar lagi.  Haha..


Nota :


Orang dewasa memerlukan kalsium sebyk 800 mg setiap hari. Wanita hamil dan menyusui memerlukan jumlah lebih besar iaitu masing-masing sebyk 1500 mg bagi wanita hamil dan 2000 mg bagi wanita menyusui setiap hari. Kalsium boleh diperoleh dari susu, keju, sayur berdaun hijau, dan ikan bilis.

13 comments:

  1. yes. Koi suggest kat husband beli colgate perfect white..nnt gigi putih macam fazura. jawapannya..." lu ni dah macam mukhlis pulak, nampak apa iklan semua mintak. Fazura tu model. Tiap tahun dia jumpa dentist buat treatment itu ini"....huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe.....

      I pun suka tengok gigi Fazura, comel2 je.




      Delete
  2. Anak2 OKje nama Iman pun salah satunya sebab suka dengar nama dia dulu2... sekarang ni dah kurang femes dia ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang dah lama tak dengar khabar berita Iman.

      Delete
  3. hehehe...
    baru plan nak beli colgate yang baru tu... =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha Eelea gi beli, nanti dah memancar2 jgn lupa share ;)

      Delete
  4. hahah..cute je baca entry ni..hehe ..betolkan org2 dulu nak beli pape pon pk 4 5 6 juta kali..tapi gigi depa masih elok ..:))

    * intan memang amek kos mengandam pengantin..pastu minat sama ..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. *Ha'ah... 7 8 9 kali pikir kalau nak beli apa2, kesian org2 zmn dulu...

      *OIC... patut la nampak pro..

      Delete
  5. gigi cantik senyuman makin menarik. Iman tu comel je muka dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha'ah comel... tak sangka pernah hidup susah.

      Delete
  6. MM, ada try dak ubat gigi yang si Fazura tu jadi modelnya tu? yang mmg utk putihkan gigi dengan lebih mantap lagi..
    agak2 gigi putih macam gigi modelnya tu tak..
    haihh..cantiknya Fazura, ni tua2 ni mudah terpengaruh iklan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Linda boleh gang dgn Shashal dan Pn. Nafisa (rujuk komen beliau di atas)..

      I tak pernah tengok iklan Fazura tu... jarang tengok TV.

      Delete
  7. Haha..
    ingat kes putih kulit muka coz nampak Iman tu..

    ps; Aiman tak kisah..

    ReplyDelete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...