Friday, April 12, 2013

Resepi Ayam Rosemary

Assalamualaikum...... hai.
Untuk tak menghampakan teman2 yg bertanyakan tentang resepi ayam rosemary,  kat bawah tu I dah copy'kan.    Sebenarnya dapat dari internet punn.... moga pemilik asal resepi ini menghalalkan.

Sapa2 yg rajin, boleh sediakan gravy ... tentu akan lebih sedap.


Anyway, takde kepuasan menulis  sebenarnya kalau sekadar tepek2 resepi pastu blah... tak  dapat bercerita, meluah rasa.... karang in shaallah nak berceloteh lebih panjang sikit di lain entry.

Ok Selamat Mencuba.



Ini masa kali pertama buat.. guna resepi lain...





Resepi Ayam Rosemary
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil ( minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato
6 biji baby carot
sedikit mentega
Cara penyediaan
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam, jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula perang, garam, serbuk  perasa, dan jus limau ke dalam rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200 darjah celcius selama 1 jam.

 credit to :  this blog

4 comments:

  1. Sam,

    yang bolat2 tu potato yea??
    ps: gambar tak secerah mentari pagi, tu yg x tahu..heheee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan Yong... itu bola... kekekke...

      *potato la, apa lagi..

      Delete
  2. salam kak sam..

    uiii..resepi ni mmg sedap, jumpa kat blog sapa tak ingat. saya dah try minggu lepas - 2 kali! tengah nak menggayakan pokok rosemary baru beli, so guna rosemary fresh.
    aaa, ni yg rasa cam nak memerap ayam rosemary lagi ni hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumusalam Wani... lamanya tak mendengar khabar berita Cik adik sorang ni.

      Tapi kalau gula perang tu ganti dgn madu, lg sedap Wani..

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...