Tuesday, May 14, 2013

AWAS! Kalau jumpa kawan lama (lelaki), jgn terus menyapa nama bini mereka!

Hai hello!.   Assalamualaikum...

Malam2 mcm ni, leka pulak melayan masalah2 rumahtangga orang kat page popular tu.  :D.. 
Bumi mana tak ditimpa hujan Dik, laut mana tak bergelora?.    Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
Bersabar je la korang menghadapi liku2 perjalanan hidup ini.

Jadi, sempena rejab yg mulia ni, kalau rajin, buat  puasa sunat sebanyak 10 hari, sebab Allah SWT telah berjanji, bila mana kita posa 10 hari pada bulan ni... permintaan kita akan dimakbulkan... inshaa Allah.   Mintak la mudah2an suami2 korang yg curang tu ingsap tak buat lagi kemaksiatan...  tapi kalau diorang  dah terkawin, nak buat guane kan.. redho je la ye..  ;D.. macam kawan yg  Kak Mirror jumpa siang tadi, Mr. A..

Mr A (bukan nama sebenar)  dilihat masih berbahagia dgn isterinya, Pn B (bukan nama sebenar)  makan berdua, berseri wajah keduanya bila ku menyapa walaupun 10 tahun dulu, Kak Mirror pernah menemui suaminya dalam keadaan yg "mencurigakan"..




CE KORANG BUAT CONCLUSI, SIAPA AGAKNYA WANITA MISTERI DALAM PENCERITAAN INI??.


Di sebuah restoran  10 tahun dulu, dilihat Mr A bersama seorang wanita muda mendukung bayi, diapit oleh 2 orang tua (suami isteri).

Mr A  :  "Ini emak ayah saya.... baru sampai dari kg"

Tanpa didengar oleh Mr A yg sibuk melayan kedua org tua tersebut, Kak Mirror menyapa pula wanita muda mendukung bayi tersebut.

Kak Mirror :  "Yg ni Puan B kan?". (Menyebut nama wife Mr A yg pernah ditemui sebelumnya... tapi tau je la kan, dah lama tak jumpa, jadi tak berapa cam sgt muka).

Wanita Misteri  :  "Eh bukan3...  saya bukan B.."  (bunyi suara dia mcm cuak2  seriau..dgn gaya tangan serious menidakkan)..

Setelah mereka berlalu baru minda terpikir... "Ya tak ya, memang bukan Pn. B pun... jauh sgt beza rupa dan gaya"...tapi sungguh misteri.. siapa agaknya Perempuan mendukung bayi tersebut?.

Misteri nusantara....

Moral of the story,  klu betul itu madu si B, mmg salute la kat dia, pandai mengekalkan keharmonian rumahtangganya (sebagaiman yg ku temui siang tadi). ----> ataupun mungkin dia x tau kot yg hubby dia dah kawin baru?.  Oppss...

Moral of the story juga, lain kali kalau korang jumpa kwn lelaki yg bawak bini, jgn cepat2 sebut nama mereka, cam dulu muka atas bawah baru menyapa... takut tersasul nama2 lain pulak.... kantoi sudah!



4 comments:

  1. Haha... Jangan tersasul macam tu..nati perang besar tercetuS..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... tu la, tersasul pulak - ( tindakan refleks).

      Delete
  2. hahahahaaa...kang terbukak rehsiaaaaaaa....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Linda..Byk kes terbukak rahsia kawin 2 disebabkan mulut kawan yg tersasul.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.