Showing posts with label Kisah Rumahtangga. Show all posts
Showing posts with label Kisah Rumahtangga. Show all posts

Wednesday, October 17, 2018

Jambangan Bunga Untuk Menantu Kesayangan..

Jambangan bunga?.
Harapnya "beliau" tak marah, saya post pic ni kat sini.  Huaaa seram ni kalau kena marah.   Lazimnya kalau "beliau" sedang menggubah sesuatu  akan diwassapkan pada saya.. dan saya memang suka je jadi "juri tak berbayar".
(dan saya yakin.. jemari saya lebih berseni dari beliau.. hik hik)  tapi nak tolong gubahkan,  tak logik ler... sebab ku di sini.. kau di sana, terpisah oleh benua berbeza.





Kali ni beliau gubah untuk dihadiahkan pada bakal menantunya.  Tu yg saya terpikir  untuk belogkan sebab blog ni bernichekan kewanitaan.  Indah ikatan bakal MIL dan bakal menantu ni.   Moga dihargai.. sebab ikhlas sungguh bakal mak mentuanya ni menyediakan.   2, 3 kali beliau repair setelah saya jurikan.

 Tu la... makanya anda girl2 out there,  jangan lah mata tu asik disogokkan dgn mende2 negatif je macam kat social2 media semua tu.  Tak semua mentua itu "mengerikan". Kekeke...

Haih... Buat saya tak sabar nak dapat menantu pulak. 😄. . Tak sabar jadi ibu mertua. 😄😄🤣  Mintak2 dapatlah yg "sekepala" dgn kita, telus,  ikhlas, beriman dan mampu jadi peneman ke mana2..   ehh berangan. Haha..





 







Tuesday, May 14, 2013

AWAS! Kalau jumpa kawan lama (lelaki), jgn terus menyapa nama bini mereka!

Hai hello!.   Assalamualaikum...

Malam2 mcm ni, leka pulak melayan masalah2 rumahtangga orang kat page popular tu.  :D.. 
Bumi mana tak ditimpa hujan Dik, laut mana tak bergelora?.    Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.
Bersabar je la korang menghadapi liku2 perjalanan hidup ini.

Jadi, sempena rejab yg mulia ni, kalau rajin, buat  puasa sunat sebanyak 10 hari, sebab Allah SWT telah berjanji, bila mana kita posa 10 hari pada bulan ni... permintaan kita akan dimakbulkan... inshaa Allah.   Mintak la mudah2an suami2 korang yg curang tu ingsap tak buat lagi kemaksiatan...  tapi kalau diorang  dah terkawin, nak buat guane kan.. redho je la ye..  ;D.. macam kawan yg  Kak Mirror jumpa siang tadi, Mr. A..

Mr A (bukan nama sebenar)  dilihat masih berbahagia dgn isterinya, Pn B (bukan nama sebenar)  makan berdua, berseri wajah keduanya bila ku menyapa walaupun 10 tahun dulu, Kak Mirror pernah menemui suaminya dalam keadaan yg "mencurigakan"..




CE KORANG BUAT CONCLUSI, SIAPA AGAKNYA WANITA MISTERI DALAM PENCERITAAN INI??.


Di sebuah restoran  10 tahun dulu, dilihat Mr A bersama seorang wanita muda mendukung bayi, diapit oleh 2 orang tua (suami isteri).

Mr A  :  "Ini emak ayah saya.... baru sampai dari kg"

Tanpa didengar oleh Mr A yg sibuk melayan kedua org tua tersebut, Kak Mirror menyapa pula wanita muda mendukung bayi tersebut.

Kak Mirror :  "Yg ni Puan B kan?". (Menyebut nama wife Mr A yg pernah ditemui sebelumnya... tapi tau je la kan, dah lama tak jumpa, jadi tak berapa cam sgt muka).

Wanita Misteri  :  "Eh bukan3...  saya bukan B.."  (bunyi suara dia mcm cuak2  seriau..dgn gaya tangan serious menidakkan)..

Setelah mereka berlalu baru minda terpikir... "Ya tak ya, memang bukan Pn. B pun... jauh sgt beza rupa dan gaya"...tapi sungguh misteri.. siapa agaknya Perempuan mendukung bayi tersebut?.

Misteri nusantara....

Moral of the story,  klu betul itu madu si B, mmg salute la kat dia, pandai mengekalkan keharmonian rumahtangganya (sebagaiman yg ku temui siang tadi). ----> ataupun mungkin dia x tau kot yg hubby dia dah kawin baru?.  Oppss...

Moral of the story juga, lain kali kalau korang jumpa kwn lelaki yg bawak bini, jgn cepat2 sebut nama mereka, cam dulu muka atas bawah baru menyapa... takut tersasul nama2 lain pulak.... kantoi sudah!



Saturday, February 18, 2012

Everything happens for a reason... motivasi untuk isteri2 yg bersedih..

Membaca kisah-kisah retis2 malang dipukul suami, kisah teman2 yg dicurangi.... adakala menyebakkan dada. Bagi mereka yang diuji  dengan ragam pasangan pasti merasa suatu penderitaan yang amat sangat. Memanglah, semua orang menginginkan suasana rumahtangga yang amat bahagia, tetapi ada kalanya sengaja Allah jadikan suami atau isteri sebagai sebab untuk menguji kesabaran dan penghapusan dosa.



Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Yazid Arraqqasyi berkata:

 "Jika seseorang masuk dalam kubur, maka SOLATnya berdiri disebelah kanan dan  ZAKAT  disebelah kirinya, dan TAAT menaunginya dan SABAR membela kepadanya, bahkan ia (SABAR) berkata kepada lain-lainnya: "Silakan kamu bela dia jika kamu dapat membelanya, kalau tidak saya yang dibelakangnya (yakni saya sanggup menyelesaikan dan menolak siksa daripadanya)."   Begitulah tingginya pahala kesabaran puan2.

KISAH SUAMI SABAR DAN HARIMAU...

Pernah tak puan2 membaca kisah SUAMI SABAR DAN HARIMAU?  Jika tak pernah saya akan cuba sinopsiskan sebagai satu bentuk motivasi kepada puan2 untuk terus sabar dan sabar dlm menjalani kehidupan sehari2 sebagai isteri.     Alkisah satu hari Si Jeman bukan nama sebenar telah pergi ke rumah abangnya, Herman juga bukan nama sebenar.

Didapatinya abangnya itu tiada di rumah, hanya kakak iparnya Markonah (juga nama olok2) tercegat di muka pintu sambil marah-marah.

"Dia pergi mencari kayu, semoga dia tidak lagi dikembalikan oleh Allah,”

Wah dasyat la kan si Markonah ni.... Hahaha... Then tak lama lepas tu si Abang pun pulang.   Si Jeman sgt terkejut bilamana si abang pulang dgn seekor harimau yg memunggah kayu di belakangnya.


 sekadar gambar hiasan...





juga sekadar gambar hiasan..




“Pergilah semoga Allah memberkati kamu.”  Kata Si Abang kepada harimau itu then harimau itu pun balik semula ke hutan.   Markonah masih jugak marah dan marah, membebel... bla bla bla...(marah je.. dah nak meno kot? :D).  Si Herman tetap sabar dgn kerenah isterinya itu... cool je dia.

Dipendekkan cerita.... maka Markonah pun meninggal, so Herman pun kawin baru.... dapat ganti seorang isteri solehah.  Ana Rafali namanya - bukan nama sebenar.  (Memang laris la si Herman ni kan... cepat je laku.... mesti hensem).



Si Jeman datang lagi menziarahi si Abang.... tapi kali ni disambut baik oleh kakak ipar barunya itu.  Sebentar kemudian, pulanglah abangnya sambil memikul kayu di atas bahunya sendiri. Kemudian ia pun mempersilakan adiknya masuk dan makan bersama-samanya. Tetapi kali ini abangnya tidak perlu bersusah-payah melayan adiknya sebaliknya makanan telah pun disediakan oleh Ana Rafali yg baik hati itu.

Melihat kelainan yg berlaku, si adik pun bertanya...

“Wahai abangku, dulu ada seekor harimau yang memikulkan kayu untukmu tetapi sekarang kayu itu kau pikul sendiri?"

Tersenyum Herman mendengar pertanyaan adiknya itu. Lantas dia pun menjawab:

“Wahai adikku, Kak Konah yang cerewet itu telah meninggal dunia, dan kerana aku bersabar atas kerenahnya itu maka Allah mendatangkan harimau untuk membantuku. Kemudian ketika aku telah diganti oleh Allah dengan isteri yang baik budi, Kak Ana Rafali  kau tu.... sudah tidak ada lagi harimau itu dan aku terpaksa memikul kayu ini sendiri.”

Begitulah kisah dua orang adik beradik yang soleh, abangnya diuji dengan ragam isteri tetapi dengan berkat kesabarannya, binatang pun boleh tunduk padanya. Begitulah rahmat Allah yang Maha Pengasih ke atas hamba-Nya. Tetapi selepas kematian isterinya dan diganti dengan isteri yang taat, maka nikmat itu Allah tarik semula.

Cuba puan2 pikir... maybe ketika ini ada antara anda yg sdg menghadapi kemelut rumahtangga... tapi dlm masa yg sama Allah turunkan jugak penawarnya kan? Mungkin bukan seekor harimau.. mungkin jugak teman2 rapat yg baik yg selalu memberikan motivasi. Mungkin jugak peminat2 yg sentiasa memberikan sokongan... (saya mengambil kes Abby Abadi sbg contoh).  Mungkin jugak dikurniakan ibu mertua yg memahami..

Nyatalah Maha Adilnya Allah, kepada setiap yang ditentukan-Nya. Sebenarnya setiap kejadian yang berlaku ke atas kita pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya, cuma kita yang tidak sedar dan selalu lalai dengan nikmat yang dikurniakan Allah.

So... ceria-cerialah diri di hari minggu, pertingkatkan kesabaran anda... kerana anda tak akan rugi atas kesabaran itu.   Jgn bersedih lagi..... dunia pun hanya sementara.

"Tak selamanya hujan tanpa henti, dan tak selamanya mendung tanpa mentari. "