Saturday, February 18, 2012

Everything happens for a reason... motivasi untuk isteri2 yg bersedih..

Membaca kisah-kisah retis2 malang dipukul suami, kisah teman2 yg dicurangi.... adakala menyebakkan dada. Bagi mereka yang diuji  dengan ragam pasangan pasti merasa suatu penderitaan yang amat sangat. Memanglah, semua orang menginginkan suasana rumahtangga yang amat bahagia, tetapi ada kalanya sengaja Allah jadikan suami atau isteri sebagai sebab untuk menguji kesabaran dan penghapusan dosa.



Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Yazid Arraqqasyi berkata:

 "Jika seseorang masuk dalam kubur, maka SOLATnya berdiri disebelah kanan dan  ZAKAT  disebelah kirinya, dan TAAT menaunginya dan SABAR membela kepadanya, bahkan ia (SABAR) berkata kepada lain-lainnya: "Silakan kamu bela dia jika kamu dapat membelanya, kalau tidak saya yang dibelakangnya (yakni saya sanggup menyelesaikan dan menolak siksa daripadanya)."   Begitulah tingginya pahala kesabaran puan2.

KISAH SUAMI SABAR DAN HARIMAU...

Pernah tak puan2 membaca kisah SUAMI SABAR DAN HARIMAU?  Jika tak pernah saya akan cuba sinopsiskan sebagai satu bentuk motivasi kepada puan2 untuk terus sabar dan sabar dlm menjalani kehidupan sehari2 sebagai isteri.     Alkisah satu hari Si Jeman bukan nama sebenar telah pergi ke rumah abangnya, Herman juga bukan nama sebenar.

Didapatinya abangnya itu tiada di rumah, hanya kakak iparnya Markonah (juga nama olok2) tercegat di muka pintu sambil marah-marah.

"Dia pergi mencari kayu, semoga dia tidak lagi dikembalikan oleh Allah,”

Wah dasyat la kan si Markonah ni.... Hahaha... Then tak lama lepas tu si Abang pun pulang.   Si Jeman sgt terkejut bilamana si abang pulang dgn seekor harimau yg memunggah kayu di belakangnya.


 sekadar gambar hiasan...





juga sekadar gambar hiasan..




“Pergilah semoga Allah memberkati kamu.”  Kata Si Abang kepada harimau itu then harimau itu pun balik semula ke hutan.   Markonah masih jugak marah dan marah, membebel... bla bla bla...(marah je.. dah nak meno kot? :D).  Si Herman tetap sabar dgn kerenah isterinya itu... cool je dia.

Dipendekkan cerita.... maka Markonah pun meninggal, so Herman pun kawin baru.... dapat ganti seorang isteri solehah.  Ana Rafali namanya - bukan nama sebenar.  (Memang laris la si Herman ni kan... cepat je laku.... mesti hensem).



Si Jeman datang lagi menziarahi si Abang.... tapi kali ni disambut baik oleh kakak ipar barunya itu.  Sebentar kemudian, pulanglah abangnya sambil memikul kayu di atas bahunya sendiri. Kemudian ia pun mempersilakan adiknya masuk dan makan bersama-samanya. Tetapi kali ini abangnya tidak perlu bersusah-payah melayan adiknya sebaliknya makanan telah pun disediakan oleh Ana Rafali yg baik hati itu.

Melihat kelainan yg berlaku, si adik pun bertanya...

“Wahai abangku, dulu ada seekor harimau yang memikulkan kayu untukmu tetapi sekarang kayu itu kau pikul sendiri?"

Tersenyum Herman mendengar pertanyaan adiknya itu. Lantas dia pun menjawab:

“Wahai adikku, Kak Konah yang cerewet itu telah meninggal dunia, dan kerana aku bersabar atas kerenahnya itu maka Allah mendatangkan harimau untuk membantuku. Kemudian ketika aku telah diganti oleh Allah dengan isteri yang baik budi, Kak Ana Rafali  kau tu.... sudah tidak ada lagi harimau itu dan aku terpaksa memikul kayu ini sendiri.”

Begitulah kisah dua orang adik beradik yang soleh, abangnya diuji dengan ragam isteri tetapi dengan berkat kesabarannya, binatang pun boleh tunduk padanya. Begitulah rahmat Allah yang Maha Pengasih ke atas hamba-Nya. Tetapi selepas kematian isterinya dan diganti dengan isteri yang taat, maka nikmat itu Allah tarik semula.

Cuba puan2 pikir... maybe ketika ini ada antara anda yg sdg menghadapi kemelut rumahtangga... tapi dlm masa yg sama Allah turunkan jugak penawarnya kan? Mungkin bukan seekor harimau.. mungkin jugak teman2 rapat yg baik yg selalu memberikan motivasi. Mungkin jugak peminat2 yg sentiasa memberikan sokongan... (saya mengambil kes Abby Abadi sbg contoh).  Mungkin jugak dikurniakan ibu mertua yg memahami..

Nyatalah Maha Adilnya Allah, kepada setiap yang ditentukan-Nya. Sebenarnya setiap kejadian yang berlaku ke atas kita pasti ada hikmah yang besar di sebaliknya, cuma kita yang tidak sedar dan selalu lalai dengan nikmat yang dikurniakan Allah.

So... ceria-cerialah diri di hari minggu, pertingkatkan kesabaran anda... kerana anda tak akan rugi atas kesabaran itu.   Jgn bersedih lagi..... dunia pun hanya sementara.

"Tak selamanya hujan tanpa henti, dan tak selamanya mendung tanpa mentari. "










18 comments:

  1. Alhamdulillah..sangat bersyukur diberi Allah seorang suami yang sangat baik walaupun ada kekurangan sedikit sebanyak....tapi yang penting, dia sangat sabar dgn karenah saya dan terima saya seadanya.....TQ MM, satu entry yang sangat2 menyedarkan saya..(^____^) sharing is caring!!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah...ameen. syukur dgn segala rahmatNYA. kita manusia mmg sentiasa di uji kan,ada org diuji dgn kesusahan, ada yg diuji dgn kekayaan...yg pasti semuanya bersebab...

    tq mm;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama2 Hany...

      Moga kita semua lulus dgn cemerlang atas segala ujian.

      Delete
  3. bagus crita ni. sarat ngan pengajaran. siap kawen dngan ana rafali lg ye. he he


    nak mintak rakan-rakan tolong komen banyak2 dan like. komen mesti lebih dari 7 patah perkataan
    terima kasih

    http://denaihati.com/nikon-d90-gadget-impian-mj

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok insyaAllah nt saya singgah. Jgn risau... komen saya mmg selalunya lebih dari 7 perkataan. :D

      Delete
  4. Subhanallah, siapa sangka kan, dan kita kena sentiasa sedar setiap ujian tu pasti ada hikmahnya tanpa kita sedar.


    p/s : Itula masa baca tadi terkejut gak, mungkin awk tak berapa jelas dengan syarat pertandingan tu kot :)
    Apapn Denaihati tu lelaki ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la.. tersilap blog pulak....hahaha... hopefully Denaihati maafkan kesilapan tu.... hehehe...

      Delete
  5. bagus citer ne.first time ila baca.. kalau sharing kat belog boleh ek..

    ReplyDelete
  6. Isteri yg sabar2 boleh masuk kandang harimau di Zoo Air keroh

    Sabarlah sebagaimana isteri Firaun sabar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klu sampai masuk kandang rimau tu maknanya sengaja nak tempah bala.

      Delete
  7. Sangat bersyukur dgn apa yg saya ada dan apa yg saya tiada. Mintak mintak tak dapat .. tak mintak dapat sesajer. Allah swt Maha Pengasih dan Maha penyayang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... dr raut wajah Mamawana & family (dlm gambar) pun saya nampak begitu ceria berbahagia. Moga kebahagiaan berpanjangan.

      Delete
  8. Mummy bersyukur dengan apa yang ada dan cuba memperbaiki mana2 yang kurang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah... bila kita bersyukur, Allah akan tambah lg nikmat. Amin.

      Delete
  9. salam akak... lama x jenguk blog neh.
    hehe. xtahu apsal baca entry neh
    tp blh dijadikan panduan rasanye. kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Fie... Ya Allah.. Akak miss you dik. Hopefully Fie sihat.

      T.kasih la sudi singgah and baca entry ni Fie... walaupun agak panjang, hopefully bermanfaat utk tambah2 pengetahuan menyelami masalah org lain kan.

      Delete

"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.