Friday, February 17, 2012

Warna apa yg best untuk bilik kanak-kanak lelaki?


Bukan sebuah statement tapi pertanyaan.  Nak tanya ngan you all sebenarnya.
Senja tadi tetiba IRP memanggil tukang cat datang ke rumah, persetujuan telah dibuat untuk mengecat bilik anak2... hanya kaler je yg belum diputuskan.   Dah 7 tahun sebenarnya Qistina dan Ain setia dgn warna  pink biliknya tu... kesan2 "hasil karya" jemari kecil  mereka pun dah banyak menghiasi dinding dan perabot.

NOTA : kami mmg garang tp dlm soal menegah mereka dari "berkarya" di dinding bukan perkara berat utk kami ambil serious, lagipun adakala contengan itu melucukan...hehe... sbb kami yakin, sampai masanya mereka akan berhenti sendiri dari tabiat itu bila usia mula meningkat.  Ya mmg terbukti!  Sbb skrg ni mereka dah pun berhenti dari melakukannya.

Rasa-rasanya kali ni tak nak la berterusan dengan warna pink lagi.   Since aku pun malas nak pikir.... jadi kali ni biarlah aku serahkan je bulat2 pada citarasa yg empunya bilik.   Qistina kata... dia nak biliknya warna hijau.

Terus kepala ni membayangkan sesuatu..... langsir yg pink + bilik yg hijau + perabot yg putih.   Terjumpa plak gambar ni... ha sesuai sgt la tu.   Wallpaper2  lain kali la pikir.   Sekarang ni aku pikir yg simple dan kemas je. 

gambar ikhsan Google..


tapi kalau si tukang cat tu kreatif dan sudi nak
buatkan dot-dot mcm dlm gambar ni 
aku pun nak jugak...
(pix : pun dari Google)


Yg ni pun ok gak kan?
















Untuk si Qistina dah settle... Tapi untuk bilik Shashal... jadi buntu plak tetiba , kalau ikut pada dia, dia nak tukarkan kaler biru gelap merundum bilik dia tu pada hijau jugak.  Dua, dua bilik kaler hijau?  Heee bosanlah nak.  Entahlah.. susah2 aku pilih je kaler hijau t*** lembu....  cantik apa.... kan? (dgn wajah serious berkata).   

Sebarang idea amatlah dialu-alukan dan dihargai.  Terima kasih.



10 comments:

  1. Replies
    1. Thanks Syafawani. Sebahagian kuning, sebahagian coklat.... pun good idea kan..

      Delete
  2. MM u pegi kedai cat n dia bleh buat simulasi komputer n bleh tengok warna apa yangs sesuai..to me biri macam cliche sangat lah..apakata cuba light brown ke (^__^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Gie atas idea tu.

      Light brown ye? Ok... akan dimasukkan dlm senarai pilihan. Tq.

      Delete
    2. Hehehe... takpe, masih boleh difahami.

      Delete
  3. hijau muda ok juga, biru muda pun cantik...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Dr. Sirna... I tgh dlm dilema ni you..

      Delete
  4. buat dua tone color blue + hijau .mmmmmmmm..ok ke ek? tgh membayangkan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh ok sgt... I pernah nampak diorang buat (gambar kt internet).

      Delete

Pasti anda terlalu terkesima kan baca entry saya ni
hingga malu2 nak tinggalkan komen.... hik hik...