Hari tu, berbual dgn seseorang, ada kawannya muka tak hensem mana, tapi bila ngorat awek je mesti dapat. Mesti ada yg kata "lelaki tu kaya kot?". Dok...... ini takde kait mengait dgn kisah gadis materialistik, orgnya masih belajar lagi, badan pun kering....cekudud. Kak Mirror rasa mungkin dia ada skill menyusun ayat kot?.
Meh sini, Kak Mirror nak kongsi... ayat2 yg silap masa ngorat aweks...
1)
"Walaupun Joyah (nama olok2) lebih cantik dari you, tapi tengok lah.... I tetap
jugak ngorat you tau!"
Niat hati mungkin nak tunjukkan betapa hebatnya perasaan suka you kat aweks tu kan... tapi...apa yg berlegar2 dlm minda aweks tu nanti ialah : Kenapa
ye mesti nak banding2kan kita ngan orang lain... entah2 dia memang syok kat
orang tu kot tapi ngorat2 tak dapat.
2). "Doktor dah sahkan yg hidup I tak lama..... sob sob sob... I sebenarnya mengidap sakit ********* sob sob sob..... isk isk iskkkkk.... ".
Menurut kajian my fren, mmg ada org lelaki yg jenis camni, create2 story utk
meraih cinta.... Eh peliknya Kak Mirror dengar. Tapi tahukah mereka,
natijahnya... ada aweks yg akan pikir 10 kali nak kawin ngan
you Dik Joe....kalau bukan aweks tu mungkin orang tuanya. Risau kot anaknya jadi
balu. Kalau betul2 sakit takpe la....tapi kalau tak sakit,
sengaja nak cari penyakit, memang parah la... salah menuntut ilmu tu.
Meh... meh berguru je ngan Kak Mirror ni... hanya wanita memahami selera wanita.. keh3. Ala ya la.... sekadar pendapat peribadi je pun, lain orang lain
penerimaannya kan... kalau dah jodoh tak ke mana.
Hmm ok lah, dua tu je yg Kak Mirror nak tulis, byk2 pun bukan sempat korang nak baca, arini hari Jumaat, pasti byk agenda. Moga kita memperbanyakkan selawat di hari yg mulia ini dan
berusaha jadi baik supaya mendapat jodoh yg baik (korang ler, Kak Mirror
dah berjodoh dah) - ada gaya tak macam Prof Muhaya?.
*KN oo KN - lawak betul la kan... idop pun lg "si polan" tu sampai skrg... dulu kata macam dah nak meninggal sgt ..... donia... donia..
No comments:
Post a Comment
"Lisanmu adalah Syurga Nerakamu."
Komen anda adalah tanggungjawab anda sendiri. Admin blog tidak akan bertanggungjawab atas komen yg berbentuk umpatan atau kejian.